Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pencari Harta Karun Britain Temui Peti Misteri Yang Mungkin Mengandungi Emas Peninggalan Nazi

2 ulasan

London - Mungkin ramai yang beranggapan peninggalan harta karun cuma sebuah mitos dan tak berbaloi untuk dicari tetapi sekumpulan pemburu harta karun di Britain tetap mahu meneruskan kegilaan itu dan kini telah menemui sebuah peti harta karun yang dipercayai milik tentera Nazi.

Anggota dari syarikat Advanced Marine Services yang berpangkalan di United Kingdom menemukan peti yang dikatakan mengandungi empat tan logam emas yang bernilai lebih 100 juta pound (RM557.6 juta) tersembunyi di dalam bangkai kapal kargo Jerman di pantai Iceland baru-baru ini.

Menurut Mail Online, emas tersebut dipercayai dibawa menuju ke Jerman setelah kapal itu dilaporkan tenggelam kira-kira 120 kilomter ke tenggara Iceland pada 24 September 1939 iaitu sejurus selepas Perang Dunia Kedua bermula.

Tambah laporan itu juga, syarikat terbabit telah memohon kepada kerajaan Iceland bagi memotong bahagian di kapal itu untuk tujuan mengeluarkan peti terbabit sebelum membawanya pulang ke Britain.

Kapal kargo SS Minden berlayar dari Brazil pada 6 September 1939 selepas pegawai dari Banco Germanico, sebuah anak syarikat bank Jerman Dresdner membantu memuatkan kargo di kapal terbabit.

Apabila kapal itu dikesan oleh penjelayah Britain, HMS Calypso dan HMS Dunedin, Adolf Hitler mengarahkan kapten kapal kargo itu supaya menenggelamkan kapal terbabit supaya barang-barang di dalamnya tidak dirampas.

Para kru kapal SS Minden dilaporkan telah diselamatkan oleh HMS Dunedin dan dibawa ke Pangkalan Tentera Laut Scapa Flow di Orkney.

Ahli sejarah sebelum ini mendakwa rekod mengatakan bahawa kargo di dalam kapal berkenaan tidak bernilai.

Sumber: Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Kontak bbm 5EE80AFE :D

    BalasPadam
  2. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli