Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mengkarung Ekor Bercabang Empat Jadi Rebutan Ramai, Pernah Ditawar Belasan Ribu Ringgi


Tumpat, 5 Julai - Kalau dah unik, memang banyaklah orang mencari.

Itu yang berlaku kepada seekor mengkarung unik yang mempunyai ekor bercabang empat apabila ada pihak yang sanggup menawarkan wang belasan ribu ringgi untuk memiliki haiwan tersebut.

Pemilik kepada haiwan berkenaan, Ku Chik Ghazali, 27, berkata dia menemui mengkarung itu di tempat kerjanya di sebuah kolej swasta di Kubang Kerian, Kota Bharu pada Januari lalu sebelum berjaya menangkap haiwan tersebut dua bulan kemudian.

Saya dan rakan-rakan di tempat kerja terkejut apabila mendapati haiwan ini mempunyai ekor yang bercabang empat, namun agak sukar menangkapnya.

Saya hanya berjaya menangkapnya pada Mac lalu. Ketika itu panjangnya baru 10 sentimeter. Sejak berita saya memiliki mengkarung berekor empat, saya pernah ditawarkan belasan ribu ringgit oleh beberapa individu,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Setakat ini, reptilia berwarna perang muda itu membesar sehingga mencecah 20 sentimeter panjang.
Ku Chik memberi mengkarung berkenaan makan cengkerik sebanyak tiga kali sehari.




Sumber: Utusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. join yuk di www.arenadomino.com
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games

    BalasPadam

  2. Yuk daftarkan diri anda bersama kami DEWALOTTO
    minimal depo wd cuma 20 ribu..^_^

    BalasPadam
  3. join yuk di www.arenadomino.com
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli