Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mempunyai 5 Orang Anak Lelaki & Sering Ditanya Tidak Mahu Anak Perempuan Ke? Baca Akan Apa Diperkatakan Wanita Ini

3 ulasan

Siapa yang tidak menginginkan cahaya mata, lebih-lebih lagi sekiranya telah lama menunggu atau melihat ramai di antara sahabat dan sanak saudra yang mempunyai anak sendiri.

Bukan itu sahaja, kita juga mengimpikan mempunyai anak lelaki dan perempuan supaya boleh dikatakan sebagai ‘sempurna’.

Namun begitu, adakah layak kita sebagai hambaNya untuk mempersoalkan sekiranya tidak mempunyai cahaya mata seperti yang diinginkan, walaupun sudah ramai.

Bagi Pn Siti Maisarah Saifuddin, dia sering kali ditanya sama ada tidak mahukan anak perempuan, kerana sudah mempunyai 5 orang cahaya mata lelaki.

Tapi, jawapan yang diberikan oleh Pn Maisarah ini cukup menggambarkan akan setiap nikmat dariNya tidak harus dipertikaikan, namun harus terus- menerus bersyukur.

Mari kita baca akan perkongsian darinya.


Story Sharing harini..

Apabila saya ke mana, ditanya dengan persoalan,
"Ya Allah, semua 5 lelaki ke? Macamana Sarah jaga?"

Saya hanya mampu tersenyum.
Sempat saya berseloroh,
"Anak pertama kedua ni, memang jadi harimau singa.
Tapi masuk no 5, dah jadi Naga berapi uminya. Hahaha"

Org arab kata, Get what I mean?
Yes! Bukan semudah yang disangka.

Kalau yang pertama lelaki, adalah bonus bagi saya.
Anak kedua lelaki, Allah nak bagi Kawan Untuk abangnya.
Anak ketiga juga lelaki, Allah nk bagi Geng Surau ayahnya.
Yang keEmpat juga lelaki, itu tanda Allah cukup kan pengusung Jenazah saya.

Dan apabila yang ke5 juga lelaki,
Tiada ungkapan yg terbaik melainkan syukur tak terhingga.
Bererti Allah izinkan saya merasa menjadi Permaisuri dikalangan mereka.

Seringkali juga saya ditanya,
"Tak teringin ke Anak perempuan? "
Tipulah kalau tak teringin. Saya juga manusia normal.
Tapi itu kuasa Allah swt.
Bukan terletak pada kuasa saya.

Allah lebih mengetahui,
Kenapa Allah mengurniakan saya semua Anak lelaki.
Kerana Allah mahu saya kuat!

Ya!. Saya mesti kuat.
Untuk mereka. Untuk saya.

Wahai IBU yang punya Anak semua lelaki,
Jangan sedih. Jangan merintih.
Berbanggalah kerana kita menjadi cinta pertama buat mereka..

Ya Allah,
Jaga kan pahlawan muda saya.
Moga menjadi pahlawan syurga.amin.

Doakan saya moga kuat menjaga mereka..

- Siakap Keli



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    dan menangkan hadiah menariknya

    BalasPadam
  3. join yuk di www.arenadomino.com
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli