Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Maut Selepas Percaya Bomoh Kata Santau' - 'Doktor Ini Kongsi Kisah Pesakit Meninggal Dunia Selepas 'Lari' Kerana Percayakan Bomoh



Pernah dengar kan ayat macam ni?: 'Doktor kata sakit sekian-sekian, tapi bomoh tu kata buatan orang dekat-dekat rumah...'

Itu antara ayat-ayat yang menjadikan para pesakit di negara ini berada dalam dilemma untuk mempercayai kata-kata dari pakar perubatan moden ataupun bomoh.

Tidak dapat dinafikan, memang wujud alam ghaib dan ilmu-ilmu ghaib yang tidak dapat dijelaskan secara saintifik, namun, janganlah terlalu taksub sehingga melarikan diri dari doktor kerana terlalu mempercayai bomoh. Lebih-lebih lagi jika melibatkan penyakit kronik.

Seorang Pakar Perunding Perbuatan & Nefrologi, Dr. Rafidah Abdullah, menasihati orang ramai agar tidak 'melarikan diri' dari doktor kerana percaya dengan kata-kata bomoh.

"JANGAN lari dari kami. Nak pergi bomoh ke apa ke, jangan sekali-kali tinggalkan rawatan hospital!" tegas Rafidah.

Menurut Dr. Rafidah, terdapat satu kes yang diceritakan oleh rakan sejawatannya yang bekerja di Pantai Timur tentang seorang pesakit yang meninggal dunia akibat meninggalkan rawatan hospital. Tambah Dr. Rafidah, pesakit itu merupakan saudara kepada rakannya itu sendiri.

Dr. Rafidah berkata, pesakit berkenaan mengalami Systemic Lupus Erythematosus (SLE) dan komplikasi buah pinggang iaitu Lupus Nephritis Class IV.

"Maut selepas percaya bomoh kata santau; menyebabkan beliau tinggalkan rawatan hospital!" tulis Dr. Rafidah memulakan posting Facebook itu.

Ikuti bacaan selanjutnya di bawah:

Cerita benar rakan Pakar Nefrologi saya yang bekerja di Pantai Timur. Arwah adalah saudara beliau. Baru berumur 26 tahun. Anak kecil arwah baru berumur setahun!

6 bulan lepas, beliau tidak sihat. Kaki bengkak, darah tidak cukup dan macam-macam simptom lagi. Buah pinggang bocor protein, lalu beliau disarankan menjalani ujian biopsi (mengambil tisu buah pinggang). Telah disahkan beliau mengalami SLE dan komplikasi buah pinggang iaitu Lupus Nephritis Class IV.

Semasa itu fungsi buah pinggang masih elok, boleh diselamatkan lagi. Akan tetapi ibu beliau mengambil keputusan untuk berjumpa bomoh. Bomoh kata ini bukan masalah buah pinggang-ini buatan orang: katanya santau! Aduhai! Sebenarnya rawatan penyakit Lupus Nephritis Class IV ini perlu intensif dan secepat mungkin. Jika ditangguhkan, boleh menyebabkan buah pinggang rosak terus.

Kami para Doktor hanya boleh menggigit jari sahaja bila pesakit ini "lari". Kami dah masak sudah dan tahu apa akan jadi tidak lama lagi.

Belum pun 3 bulan, beliau terpaksa datang kembali. Badan bengkak keseluruhannya (gambar hiasan). Air pun sudah masuk ke paru-paru dan beliau sudah memerlukan rawatan Dialisis secara kecemasan. Bacaan creatinine beratus-ratus sudah! Lepas beberapa sesi Dialisis, beliau rasa sihat sikit; lantas tinggalkan kami lagi. Menuju sekali lagi ke bomoh itu? MasyaAllah bukan ke sudah kena tipu sekali; nak pergi lagi? Bagi kami, ini tidak masuk akal. Siapa lah kami, tak akan didengari pun.

Beliau tidak ke mana, duduk rumah. Badan beliau makin membengkak; ya lah, air terkumpul sebab tidak pergi Dialisis! Selepas beberapa hari, beliau meninggal dunia di dalam tidur. Kami jangkakan disebabkan garam potassium yang tinggi menyebabkan jantung berhenti tidak Dialisis.

1. Fahami SLE

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.
Ia boleh merebak ke pelbagai organ dan boleh mengakibatkan kematian jika tidak dirawat.
Statistiknya:

Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.

Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.

Boleh baca: http://lupusmalaysia.org/bm/apakah-sle , sangat menarik laman web ini.

2. Lupus Nephritis, komplikasi buah pinggang hanya dapat diketahui dengan ujian biopsi (mengambil tisu). Biasanya jika protein didalam urin melebihi 0.5gm untuk 24 jam (normal <0.3gm), Doktor akan syorkan ujian ini. Kesihatan buah pinggang akan selalu dipantau semasa rawatan susulan. Jika Class III atau IV (ada klasifikasi Class I sehingga VI), rawatan kemoterapi perlu dimulakan. Boleh bincang dengan terperinci dengan Doktor Pakar anda.

3. JANGAN lari dari kami. Nak pergi bomoh ke apa ke, jangan sekali-kali tinggalkan rawatan hospital! Bawalah sesiapa pun datang ke wad; janji jangan ada asap kemenyan dalam wad atau buat apa-apa yang mengganggu.

4. Suplemen, rerama dan produk baiki sel, teh, kopi bagai TIDAK ada kesan dengan SLE. Ada yang lebih memudharatkan !

Untuk bomoh-bomoh, pawang ke sesiapa yang sewaktu dengannya, tolong lah #JanganKacauPesakitKronik. Pesakit macam ini, penyakit nya sangat serius. Kami perlu memberi rawatan intensif. Secepat mungkin.

Ibunya masih percaya kan arwah disantau. Kami ada penjelasan sientifik, Makcik🙏. Anak perempuan kecil comel beliau telah kehilangan ibu untuk selama-lamanya.

Ya Allah, kami hanya boleh berdoa peristiwa ini tidak akan berulang dengan pesakit kami yang lain.

Rafidah Abdullah
Pakar Nefrologi
#MedTweetMY

 Sumber: Rafidah Abdullah
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Kontak bbm 5EE80AFE :D

    BalasPadam
  2. mari segera bergabung bersama kami di agen updatebetting...
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya
    ditunggu yahhh kehadiran anda

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

  4. mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    depo/wd minimal 15.000 tidak ada batasan maksimal wd,berapapun anda menang akan kami bayar,di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot)
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli