Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Lepas Solat Adik Selalu Minta Doa Semoga Adik Sembuh," Kata Syaza Umur 3 Tahun Hidap Empat Penyakit Kronik Dan Lumpuh


Kepetahannya bercakap umpama murid tahun enam terutamanya bila berbual dengan orang yang lebih dewasa, tidak lokek memberikan senyuman dan ceria.

Disebalik riak wajah dan kepetahannya bertutur katanya itu, tiada siapa tahu selain keluarga dan kenalan yang anak kecil berumur 3 tahun ini sebenarnya menghidap empat penyakit kronik yang agak teruk.

"Adik selalu doa untuk adik sembuh" itulah ungkapan yang sering diluahkan oleh Nur Syaza Azzahra kepada ibunya setiap kali selepas selesai menunaikan solat.


Syaza sebenarnya menghidap empat penyakit kronik iaitu Hydrocephalus, Jantung berlubang, saraf tunjang terbuka dan tulang belakang yang tak bersambung menyebabkan dia kini lumpun kedua-dua belah kaki.

**Hydrocephalus adalah penyakit yang terjadi akibat gangguan aliran cairan di dalam otak (cairan serebro spinal) atau akumulasi cairan serebrospinal dalam ventrikel serebral, ruang subarachnoid, atau ruang subdural. Gangguan itu menyebabkan cairan tersebut bertambah banyak yang selanjutnya akan menekan jaringan otak di sekitarnya, khususnya pusat-pusat saraf yang vital.

Beliau sebelum ini telah menerima bantuan kerusi roda kira-kira setahun lalu oleh NGO Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial - KELSS, ketika itu semasa kecil pernah jalani 2 pembedahan termasuk di kepala untuk rawatan Hydrocephalus.


Pagi tadi dia telah dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dari rumah di Rantau Panjang, Kelantan kerana mengalami tarik yang tak pernah di alami sebelum ini.

Pada esok, 9 Julai Syaza dijangkakan akan menjalani pembedahan di bahagian belakangnya yang cedera dan berkudis akibat pembesaran tulang belakang yang telah menusuk isi dan kulit belakangnya.


Bapanya yang merupakan seorang pekerja syarikat penghantar surat terpaksa berulang alik ke hospital sejauh 45km untuk rawatannya selain perlu menyediakan wang membeli keperluan asas untuk rawatannya.

Jika anda rasa ingin membantu meringankan kos anak kecil ini dan keluarganya boleh salurkan bantuan ke akaun ibunya Siti Fauziah Zakaria, 0302 7020 5454 27 (bank Islam) atau hubungi 013 950 4122 untuk bantuan lain.

Semoga adik Syaza selamat jalani pembedahan dan cepat sembuh, semoga doa adik Syaza dimakbulkan olehNya. - Siakapkeli.my

Sumber: KELSS
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 6 ulasan )
  1. PUNYA MASALAH DENGAN KEUANGAN ANDA?
    SEGERA INVITE 7ABE016D ATAU KUNJUNGI WEB #Jarumpk

    BalasPadam
  2. AGENT Fansbetting GAME ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA
    Minimal Deposit & Withdraw = Rp.50.000,
    – Live Chat ( www.Fansbetting.co )
    – PIN BB : 5EE80AFE
    – Whats App : +855 963156245
    – Line : Fansbetting
    – Skype : fans.betting
    Terima kasih, Salam Admin Fansbetting

    BalasPadam
  3. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  4. HANYA #DEWA-LOTTO YANG DAPAT MERUBAH NASIB ANDA
    BURUAN DAFTARKAN DIRI ANDA.

    BalasPadam
  5. join yuk di www.arenadomino.com
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games

    BalasPadam

  6. join yuk guys di areatoto.com
    ada games seru lo di sini guys
    ada sportbook togel casino sabung ayam
    hanya dengan 1userid sudah bisa bermain semua games lo

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli