Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Terpaksa Jadi Wanita 'Ganti' Tempat Mendiang Adik Perempuannya Untuk Gembirakan Hati Ibu

2 ulasan

Guilin, Guanxi, China, pengorbanan tak ternilai seorang anak lelaki apabila hampir 20 tahun beliau berpakaian dan berpewatakan seperti wanita untuk mengembirakan hati ibunya yang menderita masalah mental setelah kematian anak perempuannya. Kelakuan lelaki berumur 50 tahun tersebut berpakaian wanita bertujuan supaya ibunya percaya anaknya masih hidup.

Ibunya mula menampakkan tanda-tanda mengalami gangguan mental kerana terlalu sedih dengan kematian anaknya itu. Tambah lelaki itu lagi, keadaan ibunya semakin merosot apabila ibunya enggan makan dan minum dan menyebabkan anak lelakinya bimbang dengan keadaan kesihatannya.

Setelah diberi cadangan oleh rakannya, lelaki tersebut megambil keputusan untuk memakai pakaian mendiang adiknya dan mengubah penampilannya menjadi seorang wanita bagi mengubati kerinduan ibunya.

Rancangan lelaki itu membuahkan hasil apabila ibunya percaya anak perempuan itu sudah kembali dan sejak dari itu, lelaki itu menyimpan rambut yang panjang, sering memakai baju cheongsam dan keluar berjalan-jalan bersama ibunya.

Sejak dari itu, boleh dikatakan saya hidup seperti seorang wanita,ujarnya.
Menurutnya, pada awalnya, penduduk kampung mentertawakan lelaki itu kerana sering keluar menaiki basikal dengan berpakaian perempuan untuk membawa ibunya pergi berurut tetapi akhirnya mereka memuji pengorbanannya.

Jelasnya, dia mengambil keputusan untuk tidak berkahwin dan melakukan semua ini demi kepentingan ibunya kerana kebahagiaan ibunya adalah keutamaannya.


Sumber - TVBS News



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    depo/wd minimal 15.000 tidak ada batasan maksimal wd,berapapun anda menang akan kami bayar,di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot)
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli