Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Langkah Demi Langkah Bagaimana Untuk Mengembalikan Kelajuan Kipas Siling Seperti Biasa

One Comment

Pastinya setiap rumah mempunyai kipas siling, yang mana jika bukan di setiap bilik, mungkin di ruang tamau dan bilik tidur utama.

Setelah lama digunakan, dihidupkan dalam jangka masa panjang, kipas siling akan mula berpusing dengan perlahan, walaupun habuk-habuk yang terlekat pada bilah telah dicuci.

Perkara sebegini berlaku mungkin disebabkan oleh bahagian dalaman yang sudah mula rosak.

Ianya sebenarnya boleh dibetulkan dan dibaiki sendiri, kerana menerusi perkongsian dari Md Helmee Abu, dia telah tunjukkan langkah demi lagkah apa yang perlu dilakukan.

Berdasarkan perkongsian itu, menurutnya, cara ini lebih focus kepada kipas siling jenama KDK/Panasonic lima bilah.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

Kembalikan Kelajuan Kipas Siling

Assalamualaikum, sekiranya anda menggunakan kipas silling KDK/Panasonic 5 Blade, dan kipas anda tidak bergerak atau bergerak terlalu perlahan. Anda boleh cuba cara ini, saya telah cuba dan berkesan ;-

1. Perhatikan bahagian bawah kipas tersebut, ada 2 bahagian :- ring dan cover sensor


2. Tanggalkan ring pada kipas tersebut dengan memusing ke arah “open” dan tanggalkan.


3. Buka bahagian sensor, ada 3 skru (buka pakai Phillips screwdriver)


4. Tanggalkan 2 wayar socket.


5. Tanggalkan board kipas dengan menolak clip pada board.


6. Alat yang diperlukan 

a) soldering iron 
b) solder wire 
c) capasitor.
7. Desolder capasitor lama (bahagian bawah board)


8. Tanggalkan capasitor lama.


9. Masukkan capasitor baru.


10. Solder semula kaki kapasitor baru dan patahkan bila selesai. (kaki yg berlebihan)


11. Board yg telah siap diganti capasitor.


12. Pasang semula board pada kipas. (sambung semula socket wayar)


13. Switch on kipas dan semoga Berjaya.


Ps : Jangan lupa ikat semula skru cover sensor

Capasitor boleh dibeli di kedai letrik (atau Jalan Pudu pada yg tinggal di KL - RM2.00 sebiji.

- Siakap Keli


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli