Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lagu Despacito Tidak Akan Dimainkan Lagi di Semua Stesen Radio & Saluran TV Milik RTM



PUTRAJAYA: Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberhentikan serta merta dari menyiarkan lagu hit Despacito di semua stesen radio dan saluran televisyen miliknya.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, lagu itu dinilai semula oleh panel penilai RTM selepas menerima aduan awam dan mengambil keputusan untuk menarik balik kelulusan.

"Sehubungan dengan itu, RTM memberhentikan siaran lagu tersebut di semua stesen radio dan TV RTM berkuat kuasa serta-merta," katanya kepada Bernama.

Sebelum ini terdapat pihak yang meminta agar penyiaran lagu itu dihentikan kerana liriknya berunsur lucah.

Lagu Despacito yang menampilkan penyanyi Luis Fonsi, Daddy Yankee bersama Justin Bieber itu kini memegang tempat teratas dalam carta Hot 100 Billboard.com selepas 26 minggu berada dalam carta tersebut.

Menurut Ok.co.uk, Despacito bermakna slowly (perlahan) dan lirik lagunya menceritakan tentang bersenggama secara perlahan.

Sumber: BernamaOk.co.uk
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. terbaiklah.. adsense post ini pun iklan pasal zakar.. hahaha

    BalasPadam
  3. mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    depo/wd minimal 15.000 tidak ada batasan maksimal wd,berapapun anda menang akan kami bayar,di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot)
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli