Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kisah Pak Cik Ni Berdiri Tengah Panas Pegang 'Cardboard' Cari Kerja Sentuh Hati Netizen


Sejak semalm tersebar sebuah status yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook bernama Syafiqah Damanhuri di mana beliau telah memuatnaik dua keping gambar yang menyentuh hati netizen.

Gambar yang dimuatnaiknya memaparkan seorang lelaki sedang memegang sekeping kotak dan berdiri ditengah panas berhampiran lampu insyarat di Seksyen 7, Shah Alam.

Rupanya kotak yang dipegangnya itu adalah iklan 'promote' dirinya yang memerlukan pekerjaan dimana dia akan diberhentikan dari kerja dari tempat sekarang kerana majikannya mahu mengecilkan operasi sedia ada.

Jom kita baca.


Assalamualaikum, tengah panas terik matahari saya nampak pakcik ni berdiri berhampiran traffic light (sabar menunggu) di persimpangan Seksyen 7, Shah Alam.

Bayangkan tengah hari buta tu, orang tua ni berdiri pegang cardboard! Dengan muka hanya Allah yang tahu.

Sebagai wartawan, saya tak boleh ignore perasaan ingin tahu tu. Lalu saya berhentikan kereta.. tanya dia. Rupanya dia tengah mencari kerja. Katanya dia kerja kilang, tapi pengurusan bakal kecilkan operasi. 


Jadi ramai yang akan dibuang kerja. Dia ada anak, masih perlukan seorang ayah untuk menanggung. Kesian  Kawan-kawan MOHON SEBARKAN buat rezeki pakcik ini. Allahu.. besarnya pengorbanan seorang ayah, dan susahnya nak mencari sesuap nasi untuk keluarga.

Pakcik Romdon, menetap di Seksyen 27 Shah Alam

Ramai netizen yang tersentuh hati, ada yang berkata walaupun dah berusia, pak cik ini masih gigih mencari pekerjaan untuk menyara keluarga. Ramai netizen yang mendoakan agar pak cik ini cepat mendapat pekerjaan.

Kepada sesiapa yang mempunyai peluang kerja kosong sebagai pemandu peribadi, boleh hubungi pak cik ini di talian 018-3592918. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli