Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kes Terbaru Rabies Dicatatkan Di Sarawak, Kes Pertama Melibatkan Orang Dewasa


Seorang lelaki dewasa berumur berumur 52 tahun disahkan positif sebagai mangsa terbaru dijangkiti Rabeis hari ini menjadikan jumlah mangsa kini di Sarawak adalah lima orang, lapor Utusan Malaysia.

Kes ini merupakan kes terbaru dan pertama kali melibatkan seorang pesakit dewasa di mana sebelum ini semua ke empat-empat mangsa adalah kanak-kanak yang telah pun meninggal dunia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, lelaki yang berasal dari Kampung Remun, Serian disahkan dijangktit virus rabies berdasarkan keputusan ujian makmal yang diperoleh hari ini selepas pesakit tersebut menjalani pemeriksaan sebelum itu.

“Pesakit itu mempunyai sejarah digigit anjing pada awal Mei lalu, namun pada 11 Julai lalu lelaki berkenaan telah mengalami lemah anggota kaki, kebas, sakit belakang serta kebingungan sebelum dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

“Setakat ini, terdapat lima kes rabies di Serian dengan empat pesakit telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam

  2. mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    depo/wd minimal 15.000 tidak ada batasan maksimal wd,berapapun anda menang akan kami bayar,di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot)
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli