Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kepada Korang Yang Rasa 'Super Duper' Gemuk, Saya Dah Buktikan Saya Mampu Buat," Lelaki Ini Berjaya Hilang 100KG Dalam Setahun


Ramai mereka diluar sana yang berbadan besar pasti merasa rendah diri, ada yang selesa dengan 'kelebihan' itu, tetapi ada yang tidak selesa dan mencuba untuk turunkan berat badan tetapi tidak berjaya.

Ada yang menyatakan memerlukan semangat untuk kurus, ada yang kurus selepas putus cinta, ada yang pelbagai kejadian berlaku kepadanya tetapi tidak berjaya turunkan berat badan.

Jika anda rasa anda gemuk? rasa putus asa tidak berjaya turunkan berat badan, jom kita baca berkongsian saudara Jazli Hassan di mana dia menyatakan dulu dia adalah seorang lelaki yang 'super duper' gemuk, tetapi berjaya turunkan berat badan 100KG dalam amsa setahun.


Dulu saya memang terlalu GEMUK!Sayalah lelaki paling gemuk yang seberat 183kg bersaiz baju 6XL saiz pingang 60 inchi bertukar menjadi seorang Duathlete lari,berbasikal dan lari.dalam proses latihan dan membentuk ke arah TRIATHLETE berenang,berbasikal,berlari.Saya tak pernah sangka seorang lelaki yang obesiti sejak berumur 2 tahun berubah menjadi seorang Duathlete pada umur 30tahun.

Dulu saya hanya mampu berjalan 5 minit sahaja mengah sampai tak ingat dunia.semasa ingin menurunkan berat badan orang gelakkan saya pelbagai kata-kata orang berikan.tapi saya tak putus asa.berkali-kali saya gagal buat dan cuba lagi sampai saya ke tahap hari ini.saya tiada nama yg hebat seperti yang lain tapi saya cuba nak menjadi hebat.

Semasa ingin menurunkan berat ketika berat saya 150kg ketika itu saya pasang niat dalam hati suatu hari nanti saya mampu lakukan duathlon.tapi tak sangka saya dah buat duathlon sehingga baru ini saya buat powerman duathlon asia championship.run 5km saya 0: 32 :15 minit ,berbasikal 30km 0:59:45 minit dan run terakhir saya 0:33:34 minit..Rank age 30-34 ada 69/169 ..category "short" rank 535/1177..ini untuk rekod pertama saya dalam powerman tak power pun.saya hanya berkayuh dengan menggunakan mountainbike sahaja akibat kekekangan kewangan saya belum mampu nak beli roadbike, kasut running pun saya beli yang mampu je, saya hanya pakai semangat yang ada.

Dulu zaman sekolah saya paling gemuk di sekolah baik sekolah tadika, sekolah rendah atau menengah, saya dah lali kalau hari sukan hanya mampu melihat untuk lakukan sukan padang.


Ingat dulu saya selalu di perlekehkan lari terkedek-kedek.orang ejek gemuk,macam-macam kritikan saya dapat.diorg hanya tahu mengejek tapi tak pernah selam hati saya macam mana rasanya.

Saya mulakan semua ini dengan berjalan 5 minit sahaja dahulu.baru saya buat dengan brisk walk dan kemudian ketahap seterusnya.sebab saya tak mampu untuk berlari saya sabar sambil jaga pemakanan, saya buat latihan tanpa jemu.

Walaupun mula saya berkayuh dengan basikal murah Gammax 8speed je berat saya time tue 160kg, orang ejek saya kayuh lembab sampai saya nekad gemuk bukan sebarang gemuk saya mampu follow basikal mahal sbab saya ada semangat yang orang lain tiada.  

Saya kayuh selaju mungkin saya mampu buat sehingga saya jatuh basikal mountainbike baru-baru ini 38 KM/h yang menyebabkan saya patah clavicle kanan tahap 3,tulung rusuk kanan dan scapula kanan.terpaksa masuk 3 besi titanium, saya akan bangkit semula untuk 2018 akibat berehat seketika tahun 2017.

Masih segar ingatan saya berlari hanya pakai kasut brand POWER sahaja saya bukan berduit time tue koyak tapak saya tampal dgn getah tiub untuk elakkan masuk air..stokin rosak saya jahit kadang stokin murah kaki melecet..saya pernah menangis sapu minyak tempat melecet akibat pakai stokin murah.kaki saya pernah tumbuh kematu..semua ini masih segar dalam ingatan saya, buat dan terus mencuba saya tak pernah hairan apa orang nak kata tentang saya.

Bukan simpati orang saya tagih, diet saya ikut seperti dietian Hospital Putrajaya, terima kasih team dietatik Hospital Putrajaya, sebut Jazli Hassan insyaAllah unit endocrine dan surgery kenal saya.


Ketika POWERMAN duathlon asia championship di putrajaya paling tersentuh hati saya bila basikal di pinjamkn oleh Djul Gep bagi saya itu cukup bersyukur bersaing dengan roadbike dan TT bike yang berharga puluh ribu.sampai hari letakkan basikal ramai perli tak percaya saya hanya kayuh pakai mountainbike..ingat lagi sambil berkayuh saya menitis air mata sebab melihat mereka mampu miliki basikal idaman saya.dengan berbekal jersey sumbangan nanstarway sebagai jersey lambang mengingatkan saya sepanjang misi saya turunkan berat badan, saya segan nak minta sponsor basikal tak per saya sedang usahakan kumpul duit untuk TT bike next powerman 2018..saya akan repair time dan rank saya..

Sejak operation kecederaan patah tulang scapula,clavicle,rusuk berat saya naik sedikit akibat recovery muscle..untuk 2018 saya target berat saya 70kg..ada lagi 10kg nak di turunkn.saya mampu dan saya akan cuba lagi untuk buat yg terbaik..

Kecederaan patah tulang ini menemukan saya pada kumpulan dan sahabat triathelte dan ironman finisher di situlah destinasi pengembaraan turunkan berat badan saya.sehingga tuhan temukan saya dengan debgan orang-orang hebat dalam triathlon.saya tak nak gah nilai saya turunkan berat badan.apa ada dengan gelaran ikon pusat obesiti malaysia hospital putrajaya.saya mahu mencari setiap yg tersembunyi dalam diri saya.

Orang yang mereka hina dulu,orang yang di reject teruk masa intiview,orang yang hampir mandul doktor sahkan,orang yang super mobid obesiti,orang yang hampir bengkak jantung sebelah kanannya dan orang yang hatinya telah bengak dari manusia normal.saya bercerita bukan seperti orang lain untuk bangga dengan result penurunan tapi saya tak mahu orang di luar sana tempuh apa saya lalui seperti saya lalui.


Untuk orang yang super duper gemuk saya dah buktikan mampu buat..dengan izin tuhan saya akan ke taraf seterusnya triathlon.semua doktor pakar hospital putrajay respect doktor cakap jazli awak hebat kami tak sangka anda sampai ke tahap ini.saya tak hebat yang hebat Allah SWT ciptakan saya.

Kisah ini hanya sebahagian dari penceritaan perjalanan suka duka saya.jika ada umur panjang rezeki murah saya akan bukukan mudahan jadi inspirasi dan semangat mereka di luar sana.semua dalam perancangan..dalam masa yang sama saya sedang berusaha untuk bangkit untuk misi saya seterusnya..

*sumber ini sekadar memotivasikan orang di luar sana jauh di sudut hati saya untuk bangga diri..terima kasih kerana membaca.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam

  2. join yuk di www.arenadomino.com
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli