Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kaji Hanya Benarkan Kanak-Kanak Yang Sudah Divaksin Sahaja Untuk Daftar Ke Tadika - Menteri Kesihatan

3 ulasan

Kerajaan sedang mengkaji untuk hanya benarkan kanak-kanak yang sudah divaksin penuh sahaja boleh mendaftar masuk ke tadika, seperti mana yang diamalkan di Australia, lapor Berita Harian.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, keputusan mengenainya hanya akan dibuat selepas menerima maklum balas dari segi penerimaan rakyat.

Pendirian kementerian pada ketika ini adalah, ianya lebih wajar sekiranya perkara itu dilakukan menerusi pendekatan pendidikan, bimbingan dan kaunseling, kata Menteri Kesihatan itu.

"Kaedah yang sedang dikaji ini diamalkan di Australia, yang mana apabila murid mahu didaftarkan di tadika, ia mewajibkan kanak-kanak-kanak supaya divaksin sepenuhnya terlebih dahulu


"Ia adalah sebagai langkah perlindungan kepada kanak-kanak lain, dan bukan mahu mendiskriminasi kanak-kanak yang tidak divaksin. Ini adalah antara kaedah yang kita sedang kaji, yang sudaj dilaksanakan di satu, dua negara", tambahnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dr Izani Husin (PAS-Pengkalan Chepa) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan mahu mengenakan tindakan lebih tegas kepada pihak yang enggan memberi imunisasi kepada anak mereka, di Dewan Rakyat, semalam.

Dalam pada itu, Subramaniam berkata, bilangan pihak yang menolak imunisasi kepada anak mereka pada tahun 2016 ialah seramai 1,603 kes, meningkat berbanding 1,541 pada 2015.

Sumber: Berita Harian

- Siakap Keli

BACA: Hilang Anak Umur 2 Tahun Dan 11 Bulan Serentak Akibat Difteria, Ibu Bapa Mereka Antara Yang Tolak Anak Divaksinkan





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    www.dewapk.com

    BalasPadam
  2. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G agent bola terpercaya di Indonesia
    mari daftar 5ee80afe ^^

    BalasPadam
  3. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli