Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jimat RM26 Duit Cuci Gambar, Lelaki Ini Kongsi Cara Macam Mana Nak ‘Edit’ Gambar Passport Guna 'Phone'

3 ulasan

Siapa saja yang tak gunakan gambar berukuran passport. Kalau pergi kedai gambar, dah pasti-pasti kena keluarkan duit, tiap kali nak cuci, atau nak ‘crop’ gambar kau, bagi nampak macam betul-betul ambik dekat studio.

Lepas ini dah tak payah susah-susah, admin tahu korang mesti ada saja gambar kan, boleh guna gambar tu, buatkan nampak macam gambar passport saja. Mudah, jimat duit dekat situ.

Inia da caranya yang boleh buat guna ‘handphone’ je, saudara Harith Faisal ada kongsikan langkah demi langkah macam mana nak but.

Jom kita ikut macam mana nak buat.

Saya jimat RM26 hari ni.

DIY GAMBAR PASSPORT PAKAI FON

Saya berjaya jimat RM26 hari ni! Maklumlah, zaman kos sara hidup tinggi ni, selagi boleh jimat, kita jimatlah, kan. 16 keping gambar passport pada harga RM2 saja.

Semudah ABC! Boleh follow tutorial yang saya kongsikan ni. Baca penerangan pada setiap gambar kat bawah ni dengan nada, intonasi dan emosi yang gembira dan teruja.

Bahan-bahannya,
1. Smartphone
2. Pendrive 4GB kuning
3. Otak yang smart
4. Sedikit kerajinan

Selamat mencuba gais. Nak hidup jimat, kena usahalah sikit, kan. RM26 sangat bernilai tau hari ni. Kau apa tau. Boleh beli pampers anak saya satu pack besar ye. Haha! - HF #harithfaisal

Selalunya, hari-hari saya cerita pasal panduan kewangan sempoi dan tip hartanah santai, kan. Hari ni buang tebiat sikit cerita pasal berjimat buat gambar passport pakai fon pulak.

Takpalah. Asalkan bermanfaat. Kan.

1. Kau ada smartphone, kan. Jadi kita pun kenalah jadi smart user. Kau masuk kat Play Store dan cari app "Photo Grid" ni. Percuma.
2. Kau ambil gambar hensem-hensem macam ni. Ala, pakai smartphone je. Tak payah DSLR harga ribu-ribu tu. Ingat! Kita nak jimat dan senang.


Yang bahagian bawah, tak kisah. Asalkan yang atas hensem dan kemas. Background pakai kain biru terus kalau nak senang. Kalau tak, kau kena guna PhotoShop pula untuk edit background tu.

Kalau kau ada softcopy gambar passport yang lepas-lepas lagi senang, pakai yang tu sajalah. Kadang-kadang kau ada dapat CD orang kedai foto bagi untuk simpanan kau sendiri.

Oh ya. Lagi satu, jangan selfie pulak ya.

3. Kau pilih Potrait dan crop gambar kau ikut nisbah 3:4. Pastikan objek iaitu muka dan badan kita penuh 3/4 daripada gambar yang akan di"crop" tu.


4. Kau rotate 90 degree clockwise atau anti-clockwise. Mana-mana pun boleh. Klik sekali saja, okay.


5. Kemudian, kau save gambar yang terhasil tu dengan senang hati.


6. Kau pilih 8 kali gambar yang kau save tadi. Sebab kau nak buat 8 gambar passport, kan.


7. Pilih susunan macam yang saya tunjukkan kat atas tu. Kalau kau pilih susunan lain, sah-sah memang tak jadi. Percayalah!


8. Yang penting, kau kena pilih nisbah 2:3 untuk gambar tu sebab itu ukuran nisbah untuk gambar saiz 4R.


Kau nampak Border tu? Klik Border dan adjust mana-mana yang patut supaya ada ruang yang pisahkan kesemua 8 gambar tu.

9. Kemudian, kau Save gambar tu guna kualiti yang terbaik, 2048P.


10. Bila dah siap save tu, kau rotate balik gambar tu jadi macam ni semula. Siap! Simpan dalam pendrive 4GB kau tu. Pendrive tu banyak jasa simpan MP3 dan 3gp zaman kat universiti dulu.


Sekarang kau pergi ke kedai foto yang dekat. Jangan kau pergi showroom Honda pula. Tak jadi nanti. Kau tanya kat tokey kedai tu, "Bang, nak print satu gambar 4R berapa ringgit ye?".

Kalau dia kata RM5, memang sahlah kau kena kelepet dengan dia. Haha! Tapi, kalau dia jawab RM1, kau terus buat dengan dia. Minta dia print 2 keping gambar tadi pada saiz 4R.

Maka, kau akan dapat 16 keping gambar passport dengan harga RM2 saja. Memang jimat level tinggi ni. Dahlah senang pulak tu, kan. Nak tau berapa harga biasa dia?

[Harga biasa - paling murah]

4 keping: RM10
8 keping: RM16
12 keping: RM22
16 keping: RM28

Kau dah jimat RM26 tau! Tahniah!

Lain kedai, lain caj dia. Ada kedai yang caj sampai RM40 untuk 16 keping gambar passport, RM18 untuk 4 keping gambar passport pun ada. Wow! Nasiblah ya.

Kau pun bolehlah melangkah balik ke rumah dengan senang hati. Sampai di rumah, kau cari gunting yang tajam dan guntinglah mana-mana yang patut. Takkan nak kena tunjuk juga.

Haha!

BONUS!


Kalau kau rasa nak hilangkan cela-cela di wajahmu itu, kau klik yang "Retouch" tu dan pilih "Auto Retouched". Memang muka kau akan jadi flawless gila and obviously nampak fake sangat. Haha. Kalau nak yang ringan-ringan, cukuplah kau adjust yang "Smoother" tu. Okay gais?

SHARE kalau bermanfaat kat kaum kerabat kau.

- Siakap Keli

BACA: [Gambar] ‘Hantar Permohonan Kerja Atau Nak Berkenalan’, Ini Antara Contoh Kesalahan-Kesalahan E-Mail Dalam Mohon Pekerjaan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G agent bola terpercaya di Indonesia
    mari daftar 5ee80afe ^^

    BalasPadam

  2. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu

    BalasPadam
  3. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    www.dewapk.com

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli