Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jika Anak Mengadu Sakit Di Kemaluan Atau Susah Kencing Kerana Masalah 'Bebird Buta', Segera Jumpa Doktor


Selalu kita dengar kisah dulu-dulu tak boleh 'masuk jawi' kerana 'bebird buta', kena tunggu lagi setahun atau dua tahun baru boleh berkhatan.

Perkara ini adalah normal bagi seorang kanak-kanak lelaki yang belum sesuai untuk khatan, tetapi tahukan anda masalah 'bebird buta' ini tidak normal dan perlu dibawa berjumpa doktor jika mempunyai masalah seperti masalah meneran air kencing, kencing berdarah dan pelbagai lagi?

Jom kita baca tulisan jururawat terlatih Puan Ben Nawhel mengenai masalah 'bebird buta' ini.


Kalau anak lelaki anda, mengadu sakit dikemaluan (zakar) atau kesusahan untuk kencing, dengan erti kata lain disebut 'bebird buta'. Maka segeralah berjumpa doktor.

Bird buta dikenali sebagai Phimosis. Ia merupakan keadaan 'normal' yang terjadi kepada kanak2 lelaki sehingga umur 5-7 tahun. Ada juga terjadi kepada kanak2 lelaki yang berusia lingkungan 10tahun ia di kenali sebagai Physiological Phimosis.

Keadaan boleh dinilai apabila melihat hujung zakar mengembang seperti belon apabila kanak2 kencing. Ia terjadi kerana kulit zakar yang masih melekat pada zakar.

** Secara semulajadinya, kulit zakar ini akan terlerai perlahan2 dari zakar.

Oleh kerana kulit melekat pada zakar dan tidak dapat ditarik balik. Ini menyebabkan air kencing terpaksa keluar melalui satu lubang yang sangat kecil pada hujung kulit ini.

Dengan aliran kencing yang laju, ini menyebabkan air kencing bertakung dalam ruang antara kepala zakar dan kulit.

Takungan atau pengumpulan ini menyebabkan kepala zakar seolah-olah kembang macam belon untuk seketika.

Perkara ini boleh dibiarkan melainkan pada keadaan bila mana ia tidak dikategorikan normal JIKA;

• Anak kelihatan meneran untuk kencing.
• Sakit ketika kencing
• Kencing kelihatan berdarah. 
• Berlaku jangkitan pada air kencing.
• Berlaku jangkitan pada zakar seperti kemerahan atau kelihatan 'discharge' berbau yang keluar pada kulit zakar.

Apa yang perlu dilakukan jika didapati anak anda mengalami masalah Phimosis?
✔Jumpa dengan doktor untuk mendapatkan penerangan.
✔ Beri laluan kepada doktor untuk melakukan pemeriksaan.
✔ Doktor mungkin menasihatkan anda untuk meregangkan kulup setiap hari secara perlahan-lahan dengan harapan ianya menjadi lebih longgar. Walau bagaimanapun, perlu dilakukan berhati2 kerana bimbang zakar cedera.
✔Jika semua langkah ini gagal, doktor akan mencadangkan supaya prosidur bersunat (Circumcision) dilakukan.

Jagaan selepas berkhatan



1) KEBERSIHAN

~ Hujung kepala zakar harus sentiasa kering dan bersih selepas berkhatan. 
~ Elakkan penggunaan produk yang lain selain dibekalkan oleh hospital. Kerana bimbang potensi jangkitan kuman berlaku pada zakar.
~ Cuci hujung zakar dengan air suam selepas membuang air kecil bagi mengurangkan rasa ngilu. (Mengikut keselesaan kanak2 atau bayi mana yang bersesuaian)
** Bagi bayi atau kanak2 yang masih menggunakan lampin pakai buang, pastikan lampin pakai buang mereka ditukar sekerap mungkin terutama apabila membuang air besar. Air kencing dan najis boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka berkhatan.

Secara umumnya, kulit zakar pada bayi akan pulih dalam 7-10 hari. Bagi kanak-kanak dan lelaki dewasa, pemulihan sepenuhnya mengambil masa 5 – 7 hari.

2) UBATAN

Beri ubatan yang dibekalkan oleh hospital (jika ada) apabila perlu terutama ubat menahan sakit. Rujuk doktor untuk dos yang betul.
Ubat sapu (jika ada), sapu dengan cara yang betul. Pastikan tangan anda juga bersih (dicuci dahulu) sebelum sapu ubat.

3) REHAT

Pastikan anak2 rehat selepas berkhatan. Biarkan mereka berbaring dan jauhkan dari melakukan aktiviti lasak selepas berkhatan seperti berbasikal, berlari, main bola sepak dan main smack down dengan adik beradik. Tujuannya bagi mengelakkan luka berdarah dan menggalakkan bengkak untuk surut.

4) PAKAIAN

Bersunat akan menyebabkan kanak2 tidak selesa. Kebiasannya zakar akan menjadi merah, kesan jahitan akan bergeser dengan kainan jika anak2 memakai sleuar dan ini akan menyebabkan rasa sakit. Pakaikan anak2 pakaian longgar/kain pelekat sehingga luka sembuh.
Jahitan pada zakar pula TIDAK PERLU di buka. Ia akan terlerai sendiri. Janganlah dok belek bila dia lerai. Pastikan kebersihannya sahaja.

4) JUMPA DOKTOR jika;

√ Berlaku perdarahan yang berterusan diluka jahitan.
√ Bengkak tidak surut untuk tempoh masa yang lama.
√ Anak mengadu sakit yang ketara apabila membuang air kecil
√ Anak tidak kencing dalam 6-8 jam selepas berkhatan.
√ Zakar kelihatan berlaku jangkitan seperti
i Keluar discaj berbau
ii Bengkak
iii Demam
iv Sakit
(Ini juga dikenali sebagai bentan oleh masyarakat melayu)
Rujukan:

💌 www.doktorbudak.com
💌 urology.ucsf.edu
💌 www.myhealth.gov.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Kontak bbm 5EE80AFE :D

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli