Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Jangan Terkejut Kalau Suami Saya Pula Pakai Baju Kurung," - Zila Bakarin


Sejak 1 Syawal lalu telah menjadi tular di laman sosial kelibat pelakon Zila Bakarin dan keluarga telah melaram baju Melayu sebagai baju raya.

Memetik laporan mStar Online, Zila atau nama sebenarnya Rosmawati bt Bakarin, 42,berkata, dia sengaja memilih persalinan tersebut tanpa sedikit pun menyangka ia akan menjadi heboh.

"Bagi saya tiada yang peliknya dengan persalinan tu apatah lagi bagi mereka yang kenal siapa Zila Bakarin. Mereka tahu saya seorang yang sempoi dan akan pakai apa sahaja yang saya rasakan selesa. Tak niat suruh viral pun.

"Dalam hal ini, saya beruntung kerana suami dan anak-anak tidak cerewet dan sangat sporting dengan idea spontan ini malah langsung tidak membantah.

"Tahun ni saya berbaju Melayu dan jangan terkejut kalau raya tahun depan suami berbaju kurung Kedah pula (ketawa). Tapi dipadan dengan seluarlah..." katanya selorohnya kepada wartawan.


Menurut beliau, gambar tersebut telah dimuatnaik olehnya pada hari raya pertama, dia bersama suami, Azri Azhar serta dua anak perempuan mereka, Kaseh, 8, dan Cinta, 5,  memilih untuk mengenakan persalinan baju Melayu teluk belanga aneka warna seminggu sebelum menjelang sambutan Aidilfitri.

Gambar berkenaan sebenarnya telah dirakamkan ketika beraya di rumah saudaranya di Bandar Tun Razak, Cheras di mana sejak ia menjadi tular, dia turut menerima banyak reaksi peminat dan rakan-rakan artis yang rata-ratanya positif memberi komen.

"Setakat ini tiada komen menyakitkan hati yang saya terima daripada netizen sebaliknya mereka memuji keberanian kami mencari kelainan yang sekali gus mewarnakan lagi cerita raya pada tahun ini.

"Malah ada juga rakan-rakan artis secara berseloroh menyifatkan saya buang tabiat, tapi saya tau mereka mengusik dan tak ambil hati!" ujarnya ketawa kecil.

Dalam pada itu, Zila sendiri mengakui dalam koleksi pakaiannya, dia tiada baju kurung cantik yang 'meriah' bermanik selain hanya koleksi baju kurung Kedah berkain kapas.

"Sejujurnya itulah yang perlu saya akui malah sebelum ini pun, dalam almari memang sudah ada dua pasang baju Melayu teluk belanga yang saya sering pakai pada hari Jumaat dan kalau dilihat, ia tak nampak seperti baju Melayu pun apabila dipakai bersama kain. Macam baju kurung Kedah juga," katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Kontak bbm 5EE80AFE :D

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di updatebetting

    BalasPadam
  3. join yuk di www.arenadomino.com
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli