Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jangan Pernah Berhenti Untuk Berdoa, Baca Perkongsian Ini, Ia Mungkin Ubah Persepsi Anda Terhadap Doa

One Comment
Foto: islamindia

“Jangan pernah berhenti untuk berdoa, walaupun bukan sekarang, mungkin pada masa akan datang”, kita sering diperkatakan dengan kata-kata seperti ini, setiap kali ditimpa masalah atau rasa tertekan.

Dalam apa jua yang kita lakukan, sudah pasti doa adalah peneman setia kita, sebelum tidur, nak makan, masuk tandas, atau ketika menghadiri temuduga sekali pun, kita tidak putus-putus untuk berdoa.

Mungkin ada ketikanya kita seperti sudah berputus asa untuk berdoa, kerana tidak nampak akan hasilnya.

BACA: Rasa Ingin Putus Harapan, Doa Berkali-Kali Tetapi Tidak Pernah Termakbul, Mungkin Dalam Tidak Sedar Ia Sudah Diberikan Tanpa Kita Mengetahuinya

Tapi, jangan sesekali pernah berhenti berdoa, kerana ia adalah senjata buat orang mukmin.

Mari kita lihat dengan lebih mendalam akan perkara berkaitan dengan doa ini, menerusi siri Tweet dari Ad-Dien.

Mana tahu, ia akan mengubah persepsi kita terhadap doa selama ini.

"Thread ini mungkin akan mengubah persepsi anda tentang doa. Mind blowing facts about your du'a that you don't realize how powerful it is", tulis Ad-Dien memulakan siri Tweet nya.

Doa itu senjata orang mukmin dan tiang agama Islam.


Doa adalah musuh utama kepada bala/musibah


Sebenarnya doa ini mempunyai 3 tahap yang berbeza. Yang pertama, mungkin disebabkan doa kita + ibu bapa kita selamat, tanpa kita sedar.


Tahap kedua. Kita mungkin ditimpa sakit yang lebih serius, tapi disebabkan doa, sakit yang dihidapi dapat dikurangkan.



Tahap yang ketiga. Bala dan doa, sama-sama kuat.


Doa yang kita minta, dimakbulkan dalam tiga bentuk, yang pertama, seperti yang kita minta.


Yang kedua, doa itu ditangguhkan.


Yang ketiga, doa dimakbulkan dalam bentuk yang lain.

Moga-moga kita tidak akan pernah berhenti untuk terus berdoa, walaupun apa yang telah dipinta, ditunaikan, tapi, doa akan tetap menjadi ‘senjata’ kita.


Sumber: Twitter AdDien90
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Kontak bbm 5EE80AFE :D

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli