Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jangan Jadi Macam Ranting, Bila Disapa Angin Mudah Patah, Perkahwinan Perlu Sesuatu Untuk Dijadikan Pasak

4 ulasan
Foto: baitulmuslim

Perkahwinan adalah satu saat yang penting buat lelaki dan wanita, ianya di mana satu penyatuan hati, dan sudah bersedia untuk melayari bahtera kehidupan bersama.

Masa kini, banyak pasangan muda yang telah mula untuk berkahwin awal, ia sudah seperti menjadi ‘trend’ dan ikutan ramai orang.

Sungguh murni dan harus diberi pernghormatan buat anak muda yang merancang perkahwinan di usia muda, kerana berani untuk menempuh kehidupan bersama dan meninggalkan zaman bujang mereka.

Tapi, harus diingat, ianya bukan hanya perkahwinan semata-mata, jangan hanya nak ikut ‘trend’, lupa apa yang harus diambil serius pula, seperti yang dikongsikan oleh Muhammad Shafri ini, yang mana perkahwinan ini umpama medan perang yang harus dilalui bersama.

Foto: nakbebel

Saya bukanlah orang yang layak nak bicara soal kahwin kerana saya belum pernah melaluinya. Hatta kalau saya dah kahwin sekalipun saya masih belum layak untuk bicara soal kahwin. Tapi tolonglah wahai lelaki dan perempuan.

Nak masuk ke alam rumah tangga ini perlu persiapan. Dan persiapan itu bukan di bina selepas kita dah bernikah nanti. Saya masih ingat anologi tentang orang main bola yang di beri seorang ustaz yang ketika itu di kongsikan oleh Ustazah Fatimah Syarha dalam ceramahnya. Kata beliau,

"Orang yang lawan bola, bila dia lawan bola dia akan menang ke tak menang kalau dia tak ada persiapan sebelum masuk ke padang? Ya, dia mungkin boleh lawan boleh main. Tapi, potensi untuk menang itu akan jadi rendah. Sebab persiapan tak cukup latihan tak cukup."

Begitu juga kalau kita nak masuk ke alam perkahwinan, kahwin itu umpama medan perang yang kita sedang berjuang bermati-matian. Andai sewaktu tengah berjuang kita tak berwaspada potensi nak gugur di medan perang itu adalah mudah sekali.

Teman,

Sebelum nak masuk ke alam perkahwinan persiapkan dahulu diri kita.
Selagi belum menikah pergilah mengaji. Biar kita sampai betul-betul faham, bila dah ready nak menikah baru plan menikah. Bukan hanya tahu nak nikah muda tapi persiapan kita zero ibarat ranting tua yang bila di sapa angin akan patah.

Sebelum kahwin pasaklah ilmu agama dalam diri kita. Biar kita serba serbi tahu selok-belok soal agama. Ingatlah matlamat utama kita kahwin kerana kita nak bina jiwa bertaqwa dalam diri. Kita kahwin kerana nak bina jiwa takutkan Allah dalam diri.

Wahai lelaki,

Saat kamu melafazkan aku terima nikahnya maka itu bermakna kamu menerima amanah dari Allah yang dahulunya dalam jagaan walinya. Kamu akan tanggung apa sahaja dosa yang si dia buat, baik dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya.

Saat kamu melafazkan aku terima nikahnya maka itu bermakna kamu akan menjaga dia seperti mana kamu menjaga diri kamu selama hidup ini. Kamu memberi keselamatan padanya, bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai Allah

Saat kamu memilih dia menjadi yang halal dalam hidup kamu maka itu juga bermakna kamu menerima segala kekurangan dia. Kamu menerima seorang perempuan yang punya banyak kekurangan yang mungkin sekali-sekala akan menguji tahap kesabaran kamu.

Ingatlah wahai lelaki kamu akan di pertangungjawapkan atas amanah yang kamu ambil dari ayah si perempuan dan suatu saat nanti Allah akan bertanya tentang kepimpinan kamu.
Silakan di share tulisan ini andai bermanfaat, tag adik-beradik, kawan-kawan yang malamnya tidur jadi tak lena. Sampai ada yang jatuh dari katil sebab nak kahwin sangat.

Kepada yang sudah berkira-kira hari, menanti hari bahagia. Selamat pengantin baru dan semoga Allah memberkati pernikahan kalian dengan Sakinah, Mawaddah Wa Rahmah dan kepada yang masih single seperti saya selamat menikmati hidup single.

- Siakap Keli

BACA: Kisah Mak Cik & Pak Cik Ini Buktikan Kebahagiaan Hakiki Yang Sebenar, Bukan Hanya Pada Harta Benda, Tapi Saling Melengkapi
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

  3. join yuk guys di areatoto.com
    ada sportbook togel casino sabung ayam
    minimal deposit 20 ribu dan withdraw 50 ribu
    hanya dengan 1userid sudah bisa bermain semua games lo

    BalasPadam
  4. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu
    Wujudkan impian anda hanya di dewalotto.com

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli