Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jadi Jutawan Hanya 3 Jam, 7 Lelaki Rompak Kedai Emas Berjaya Diberkas

3 ulasan

KUALA LUMPUR: Sekumpulan tujuh lelaki diberkas jam 2 petang tadi, selepas merompak kedai emas di sebuah pusat beli belah di Bandar Tun Hussein Onn, Kajang, pagi tadi, sekali gus memusnahkan hasrat nikmati hasil rompakan. 

Berdasarkan maklumat dan risikan yang dijalankan, semua suspek berjaya diberkas hasil tindakan pantas Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kajang dan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, lapor Berita Harian.

Empat lelaki bersenjata pistol dan penukul besi, memakai topi keledar penutup penuh serta bersarung tangan hitam memecah masuk sebuah kedai emas di tingkat bawah pusat beli belah itu, dalam kejadian yang berlaku jam 11 pagi.

Seorang suspek yang bersenjata pistol dipercayai melepaskan lima das tembakan ke arah pengawal keselamatan, manakala suspek lain kemudiannya memecah rak kaca dan memasukkan barang kemas dalam beg pakaian.

Mereka kemudian dilaporkan melarikan diri dengan sebuah kenderaan selain hasil rompakan berjumlah yang dianggarkan bernilai RM3 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata polis menahan tujuh lelaki dipercayai suspek kes samun, di Kampung Lalang, Dengkil, Sepang.

Fadzil berkata, hasil maklumat orang awam membawa polis ke lokasi kejadian.

"Kita dapat menangkap tujuh lelaki, selain menemui sejumlah besar barangan emas, penukul dan senjata api," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sumber: Berita Harian

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G agent bola terpercaya di Indonesia
    mari daftar 5ee80afe ^^

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di updatebetting

    BalasPadam

  3. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli