Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Guna Aplikasi Kiddle & YouTube Kids Untuk Hasil Carian Lebih Selamat Sesuai Dengan Peringkat Umur Kanak-Kanak

2 ulasan

Gajet dengan anak-anak seperti sukar untuk dipisahkan dari kanak-kanak-, yang mana mereka akan menggunakannya sama ada untuk bermain ‘game’ mahu pun melihat video-video kartun.

Namun begitu, ianya harus dihadkan penggunaannya kerana dalam usia mereka yang masih kecil ini, pendedaham kepada gajet berskrin ini amatlah tidak digalakkan.

BACA: Ketahui Terlebih Dahulu Garis Panduan Ini Dalam Memberikan Gajet Kepada Anak-Anak, Agar Ianya Bersesuaian Dengan Peringkat Umur Mereka

Namun begitu, sekiranya ibu bapa memberi mereka dengan pantauan dan masa yang telah ditetapkan, sebaiknya menggunakan aplikasi yang telah dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif ini, kerana Google atau pun YouTube bukanlah 100% selamat digunakan oleh kanak-kanak.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Musuh Anak-Anak Yang Kita Wajib Tahu!

Kejadian baru-baru ni betul-betul buat saya tersentak! Tengah-tengah malam anak saya yang berumur 3 tahun bangun dan pergi bukak handphone saya!

Rupa-rupanya dia bukak Youtube tapi lebih memeranjatkan saya bila yang keluar adalah kartun separa lucah / soft porn dengan watak Frozen di dalamnya!

Rupanya Youtube ni tak la seselamat yang kebanyakan ibubapa sangkakan. Kalau tak percaya cuba korang taip perkataan Frozen di Youtube dan korang boleh tengok sendiri betapa tak selamatnya Youtube untuk anak-anak kita!


Jadi nasihat saya, delete Youtube sekarang dan gantikan dengan Youtube Kids kalau memang anak-anak korang perlu sangat nak tengok Youtube kan. 


Cuma sebaiknya kurangkan la. Sekali anak-anak dah ketagih gadjet memang susah nak buang dah sebab otaknya dah terikat dengan dopamine ataupun 'hormon gembira' yang memenuhi otak si dia bila tengah main gajet.

Google pun lagi la tak selamat. Mana tahu ada anak kita nak buat assignment sekolah ke kan dan terpaksa guna internet untuk siapkan assignment tu. 


Ganti je Google tu dengan Kiddle. Saya dah cuba taip perkataan-perkataan tak elok. InsyaAllah memang tak keluar langsung. Filter Kiddle ni memang terbaik!

p/s : Tolong sebarkan benda ni kat keluarga & kawan-kawan yang lain jugak. Semoga anak-anak mereka juga terselamat daripada fitnah teknologi akhir zaman tanpa sempadan ni.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Mau main b0la? Daftar disini F4n$ B3TT1nG
    Aman & Terpercaya :)

    BalasPadam
  2. Yang seruu ... dan ada hasil ,, penasaran ?? Yuk ini add saja 7+A//C+D/\8\/5[6[0]

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli