Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Empat Jenis Rumah Di Pasaran Yang Boleh Dimiliki, Bersesuaian Dengan Kemampuan & Bajet Diri Sendiri

2 ulasan

Selalunya kalau berkata mengenai rumah, kita pasti akan terfikir rumah yang baru dibina, atau dalam proses pembinaan yang mana ianya masih lagi baru.

Tidak ramai yang mencari rumah-rumah yang sudah diduduki orang, atau pun yang sedang dilelong oleh pihak bank.

Jika diikutkan, kita boleh sahaja membeli rumah, sekiranya tidak terlalu terkejar akan rumah baru ini. Menerusi perkongsian dari Dr Mohd Fadhli Mohd Fauzi yang juga sering berkongsi mengenai ilmu hartanah, telah senaraikan beberapa jenis rumah yang kita boleh miliki, bukan sahaja rumah baru.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Jom petang ni nak kongsi jenis-jenis pasaran rumah yang boleh dimiliki. Nak beli rumah tak semestinya yang baru dibina. Rumah lelong pun tak semestinya busuk je. Lepas baca, pastikan share ilmu dengan orang lain.

Pasaran rumah ada banyak jenis. Sama seperti kereta, rumah juga ada yang baru dari pemaju, beli atas owner atau beli melalui lelong. Bonus satu lagi ialah buat rumah atas tanah sendiri.

Nak beli yang mana? Baca dan hadamkan kemudian baru putuskan. Tanya bajet dan kesesuaian diri sendiri.

Ready nak baca? 1, 2, go!

1. Subsale

Rumah jenis ini ialah rumah terpakai, maknanya dah ada orang lain pernah beli dan miliki. Sinonimnya ialah rumah 2nd hand. Rumah jenis ini paling selamat untuk dibeli untuk pembeli rumah pertama dan yang tak banyak modal. Jika skil nego tahap super saiya rambut biru, modal sifar pun boleh.

a. PROs

● Rumah mungkin cantik dan mungkin buruk, bergantung kepada pemilik / penyewa sebelumnya.
● Kalau banyak rosak, boleh runding dengan penjual samada baiki dulu (letak dalam perjanjian) atau kurangkan harga lagi.
● Kos awal mungkin rendah atau tinggi, bergantung kepada skil nego.
● Boleh dapat cashback, juga bergantung kepada skil nego
● Tiada risiko terbengkalai kerana rumah sudah sedia ada, dan jika rosak boleh letak dalam perjanjian supaya penjual membaikinya
● Boleh tahu current market value kerana unit sudah sedia ada, maka bolehlah nego supaya jual lebih rendah dari nilai pasaran atau abaikan sahaja jika dijual melebihi nilai pasaran
● Kajian pasaran dan sewaan lebih lengkap boleh dilakukan kerana unit sudah sedia ada dan mungkin banyak review serta case study di kawasan sama
● Banyak pilihan di sekitar, pilih sahaja dan sesuaikan dengan bajet serta hasil rundingan
● Apa-apa tunggakan atau beban hutang perlu diselesaikan oleh penjual terlebih dahulu sebelum full disbursement

b. CONs

● Tiada jika anda ada ilmu membeli rumah subsale. Jika tiada ilmu, anda mungkin kehilangan wang deposit, ditipu broker haram, ditipu penjual, kerosakan yang tidak ditanggung dan sebagainya.

2. Lelong

Rumah lelong paling berisiko namun ia mungkin yang paling murah sekali!

a. PROs

● Murah, boleh dapat bawah nilai pasaran
● Kajian pasaran (nilai pasaran dan kadar sewa) boleh dilakukan kerana unit sedia ada
● Kalau bernasib baik, boleh dapat unit dara yang belum pernah diduduki oleh sesiapa, atau boleh dapat unit yang sangat cantik dan terjaga rapi serta masuk cuci kaki sahaja. Fully furnished pun ada!

b. CONs

● kalau takde ilmu, anda mungkin akan beli melebihi nilai pasaran
● kalau takde ilmu, pembiayaan mungkin ditolak
● kalau pembiayaan ditolak dan tiada backup tunai, wang deposit hangus
● kos awal yang mahal, iaitu 10% deposit, 3%-8% kos guaman, kos tunggakan (case by case basis) dan kos pembaikian (case by case basis)
● pemilik lama mungkin enggan keluar
● anda mungkin dipandang serong jiran sekeliling yang berkawan dengan pemilik lama
● urusan guaman seperti consent developer dan pihak berkuasa yang lambat mengakibatkan urusan disbursement yang tertangguh menyebabkan anda terpaksa membayar penalti atau wang deposit hangus
● tak boleh tengok dalaman rumah sebelum masuk membida. Mungkin cantik di luar tapi hancur di dalam.


3. Bina rumah atas tanah sendiri

Ini pun boleh juga. Kalau ada tanah sendiri dan anda berkenan nak buat rumah di lokasi tanah anda itu, buatlah. Kos lebih murah (jika geran individu dan lokasi sesuai, boleh mohon pembiayaan institusi kewangan) dan boleh custom-made ikut citarasa sendiri.

Jika nak beli tanah dulu, elakkan tanah geran kongsi. Memang murah dan lokasi menarik, tetapi geran kongsi ini banyak implikasi. 

Salah satunya ialah tak boleh guna pembiayaan perumahan untuk beli tanah atau buat rumah, sebaliknya kena guna pembiayaan peribadi atau beli tunai. 

Yang paling tak best ialah bab nak pastikan semua orang bayar cukai tanah dan apabila berlakunya isu pewarisan tanah pusaka geran kongsi dari generasi ke generasi berikutnya.

4. Rumah baru / Underconstruction

Rumah jenis inilah yang selalu menjadi mangsa kecaman dan maki hamun netizen di ruangan-ruangan komen setiap kali info hartanah viral di FB. Mahal, cekik darah, pemaju tamak, kapitalis bolot dan sebagainya menjadi ayat biasa mereka. 

Rumah jenis ini jugalah yang sering menjadi kegilaan ramai termasuklah newbie-newbie yang belum pernah ada rumah. Rumah nak baru, tapi harga mahal, maka mereka bertangguh-tangguh hingga langsung tak membeli.

a. PROs

● Rumah baru & wangi
● Rebate / Diskaun terutamanya untuk bumi
● Kos awal yang rendah kerana ada rebat / diskaun
● Boleh dapat cashback kerana rebat / diskaun tapi hati-hati
● Kalau guna pembiayaan kerajaan, mungkin tak perlu bayar sehingga siap atau sehingga 24 bulan. Goyang kaki dapat capital appreciation dengan modal hampir sifar.

b. CONs

● Risiko terbengkalai Kena pilih dengan berhati-hati
● Mahal, lebih mahal daripada unit sedia ada di sekitarnya
● Capital appreciation yang diharapkan tidak menjadi kenyataan kerana faktor dijual pada harga "future market value"
● Kadar sewa yang tidak dapat tampung bayaran ansuran bulanan pembiayaan (harga lebih tinggi daripada unit sekitar, maka ansuran bulanan pun tinggi, manakala unit sekitar pula kadar sewa lebih murah. Nak tak nak mungkin kena follow unit sekitar)
● Kos awal memang rendah, tapi kos untuk masuk selepas siap nanti mungkin tinggi contohnya untuk wiring, perabot, dan sebagainya (kecuali kalau beli unit yang siap fully furnished)

Mohd Fadhli Mohd Fauzi
30 Jun 2017

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Mau main b0la? Daftar disini F4n$ B3TT1nG
    Aman & Terpercaya :)

    BalasPadam
  2. Yang seruu ... dan ada hasil ,, penasaran ?? Yuk ini add saja 7+A//C+D/\8\/5[6[0]

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli