Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Elakkan Kemungkinan Terpilih Yang Isi Mengkal Atau Tak Sedap, Berikut Adalah 7 Tips Penting Untuk Memilih Durian Terbaik.

3 ulasan
Durian sangat terkenal di Asia Tenggara dan diminati ramai terutamanya di Malaysia. Memandangkan sekarang telah masuk musim durian, orang ramai mula mencari ‘raja buah’ ini.

Bagaimanapun, hanya segelintir pembeli yang arif dalam memilih buah durian yang terbaik dimana isi dalamnya semuanya banyak, matang, manis dan pastinya sedap.

Bagi pencinta durian di luar sana yang tidak tahu cara sebetulnya untuk memilih buah durian jangan risau kerana menerusi perkongsian dari Siti Nurjanah ini, anda pasti dapat mengelak dari terbeli durian yang mengkal dan isinya tidak sedap.

Mari baca tips berguna untuk memilih buah durian ini.

1. Lihat Pada Tangkainya
Durian yang jatuh dari pokok memiliki tangkai yang agak bergerigi. Jika tangkainya kelihatan rata atau seperti dipotong, kemungkinan besar durian itu telah dipetik sebelum waktunya masak dan disimpan terlebih dahulu. Selain itu, cungkil sedikit kulit tangkainya mengunakan kuku, kalau kilitnya tebal maka isi buahnya pun tebal. Sekiranya bahagian dalam kulitnya bewarna kuning, makan isi buah juga bewarna kuning.

2. Pilih Buah Yang Ringan
Jangan membeli durian berdasarkan beratnya kerana durian yang berat biasanya masih mentah dan isinya kemungkinan berair atau berbau busuk.

3. Goncang
Jika terasa sesuatu yang bergoncang di dalam buah, bermakna isinya berjenis kering dan itu merupakan salah satu tanda yang bagus.

4. Berbentuk Bulat
Buah durian yang berbentuk bulat menandakan isi buah durian itu besar. Kebanyakan buah durian yang berbentuk lonjong biasanya memiliki isi yang sedikit.

5. Perhatikan Kulit
Jika kulit buah kelihatan berduri jarang dan besar, ada kemungkinan durian tersebut berisi padat . Bagi durian yang bersaiz kecil dan durinya berjarak dekat, isinya pasti agak lembik.

6. Pilih Buah Yang Memiliki Lima Juring (Kamar-Kamar) 
Buah durian memiliki kamar-kamar atau juring yang menempatkan isi dan biji buah. Juring boleh dilihat dari permukaan kulit yang berupa garisan dari bahagian atas hingga bahagian bawah buah.

7. Aroma/Bau
Ketika memilih durian, cuba hidu baunya dan jika baunya kuat, kemungkinan isi buahnya manis dan matang. Tetapi sekiranya tidak terdapat sebarang bau dari durian itu, mungkin isinya sudah masuk angin yang membuat rasanya jadi tawar dan hambar.

Sumber- Siti Nurjanah
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Kontak bbm 5EE80AFE :D

    BalasPadam
  2. Anda inGin puNya kesempatan besar uNtuK menanG hingGa Ratusan juta Rupiah|Ay0

    seger4 d4ftar kan diri and4 di #ionQQ# invite pin bb#58ab14f5

    BalasPadam
  3. mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    depo/wd minimal 15.000 tidak ada batasan maksimal wd,berapapun anda menang akan kami bayar,di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot)
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli