Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Elak Solat Di Akhir Waktu & Perlu Bersolek Semula, Ini Tips Yang Boleh Dilakukan Buat Wanita Sewaktu Majlis Perkahwinan

2 ulasan

Majlis perkahwinan adalah untuk meraikan pasangan pengantin yang mendirikan rumah tangga. Ia adalah salah satu majlis yang dinantikan oleh pasangan mempelai, dan orang ramai juga tidak sabar untuk melihat kedua-dua pasangan disatukan.

Untuk tampak lebih kemas, bergaya dan cantik sewaktu bersanding, pengantin perempuan sudah pasti akan dipakaikan mekap, dalam menyerlahkan lagi kecantikan.

Biar pun hanya, ‘makeup natural look’, tapi jika ia hilang atau dibasuh, agak sukar untuk disolek semula, dan memakan masa.

Bukan itu sahaja, apa yang penting adalah untuk solat Zuhur, yang mana majlis kebanyakannya dilakukan pada waktu tengahari.

Menerusi perkongsian dari Pn Annisa-Soleha, berdasarkan pengalamannya sendiri, beberapa cara yang dilakukan ini, sedikit sebanyak dapat menjaga wuduknya dari terbatal.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

Tip Buat Pengantin Untuk Tidak Solat Zuhur Di Akhir Waktu

Tips untuk pengantin, yang tak nak solat zuhur di akhir waktu dan tak nak makeup 2 3 kali.

1) Pakai fullglove

Bukan yang jejaring ala-ala pwinsess tu taw, tapi yang full cover macam kak long pakai dalam gambar ni.

2) Ambik wudhu' siap-siap sebelum makeup

3) Jangan kentut!

Kalau awak buat no 3 ni, memang no 1 dengan 2 dah tak berguna lah.

Tips ni berdasarkan pengalaman sendiri. 

Kak long tak pasti setiap pengantin akan salam pasangan ke tak mase rombongan pengantin lelaki datang, tapi kak long salam. Actually, sebab blur tak tau nak buat apa. Haha.

Takkan nak terus berdiri sebelah dia, segan ooiii.

Disebabkan kak long berniqab, bila salam tu hidung jadi berlapik lah, so wudhu selamattt. Sebab dahi pun tak kena.

Pengakirannya, Zuhur pun tak delayyy. Tu yang paling penting.

Kalau bermanfaat sila share dan komen taw.

Thank you husband, NorTaufiq Ishaq yang bagi idea full glove tu.

In shaa Allah, moga segalanya dipermudahkan, mungkin ramai yang boleh ikut tips ini, apa yang penting dan sedikit sukar, adalah bab menjaga dari buang angin. Apa-apa pun, kita usaha, dan bertawakal kemudian. - Siakap Keli

BACA: Bagi Respon Jemputan Kahwin Di FB, Jangan Buat Tak Tahu, Nampak Remeh, Tapi Penting Buat Pengantin
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    depo/wd minimal 15.000 tidak ada batasan maksimal wd,berapapun anda menang akan kami bayar,di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot)
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli