Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dapat Tahu Dakwaan Muallaf Ingin Murtad, Mufti Perlis Turun Padang Sendiri Jumpa Muallaf Tersebut


Tindakan mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, turun padang selepas menerima mesej yang memberitahu tentang viral seorang muallaf di Perlis yamg mahu murtad mendapat pujian netizen.

Dr Mohd Asri yang turut dikenali sebagai Dr. Maza berkongsi di Facebook tentang pertemuan beliau dengan muallaf itu dan ternyata dakwaan muallaf itu ingin murtad tidak benar sama sekali.

"Pagi-pagi hari ini saya menerima mesej dari seorang tokoh memberitahu bahawa telah viral ada muallaf di Perlis nak murtad sebab dalam kesusahan. Kononnya, sampai mahu serah anaknya kepada orang lain. Sebaik sahaja menerima mesej itu saya telah mohon pihak MAIPs siasat segera." tulis Dr. Maza.

Menurut Dr. Maza juga, beliau segera berjumpa dengan muallaf tersebut selepas selesai urusan rasmi di Istana Arau. Turun bersama, CEO MAIP, Ustaz Mohd Nazim Mohd Nor.

Susulan pertemuan itu, Dr. Maza menjelaskan beberapa perkara yang sebetulnya.

"Maka di sini saya ingin jelaskan beberapa perkara;

"Beliau baru pindah ke Perlis beberapa bulan sahaja. Bukan berasal dari Sarawak seperti yang diviralkan tetapi daripada Melaka.

"Beliau diceraikan oleh suaminya dan terpaksa menanggung kehidupan bersama dua anaknya.

"MAIPs telah membantu beliau sejak beberapa bulan lagi. Sehingga kini sudah RM 2000 diberikan. Bantuan pihak MAIPs berterusan sehingga kini.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat juga ada memberikan bantuan bulanan. Demikian PERKIM Perlis juga membantu.

"Imam Masjid kampung berkenaan telah memberi tumpang rumah kedai kepunyaannya secara percuma sejak beberapa bulan. Saya kagum dengan budi mulia imam berkenaan.

"Beliau selalu hadir kelas agama PERKIM dan tidak pernah ingin murtad ataupun menyerahkan anak kepada pihak lain seperti yang diviralkan.

"Anaknya yang pertama berusia 8 tahun bersekolah dengan baik.

"Pun begitu, pihak MAIPs merasakan beliau memerlukan rumah yang lebih selesa dan akan mengusahakan.

"Jika sesiapa ingin menghulurkan bantuan, beliau memang dalam kategori asnaf zakat. Silalah berbuat kebajikan.

Dalam pada itu, Dr. Maza juga turut mengucapkan terima kasihkepada pelbagai organisasi di Perlis dan luar Perlis yang tidak putus menghulurkanbantuan.

"Ia merupakan lambang keprihatinan kita semua terhadap saudara muslim kita. Semoga Allah memberi rahmat atas semangat ukhuwwah kita yang ikhlas itu." katanya.

 Sumber: FB Dr. Maza
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Kontak bbm 5EE80AFE :D

    BalasPadam
  2. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli