Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bonjour!: Wiko Upulse, Telefon Dari Perancis Dengan Rekaan Seksi Dan Ciri Kamera Yang Menarik Menjadikannya Telefon Bajet Paling Berbaloi 2017

Artikel asal: Wiser.my

Tahun lepas kita diperkenalkan dengan model Ufeel yang mengetangahkan telefon pintar kelas pertengahan dengan harga yang berpatutan. Tahun ini sekali lagi Wiko menampilkan satu lagi model baru yang bakal membuka mata semua, telefon berkemampuan tinggi dengan harga yang sangat rendah.

Memperkenalkan Wiko Upulse. Telefon ini boleh kami katakan memfokuskan kepada pengguna yang mahukan telefon yang boleh dipercayai dan praktikal di bawah takuk harga RM1000.


REKAAN LUAR



Wiko Upulse dibina dengan kerangkan besi premium yang menampilkan bucu lengkung. Dengan ukuran 77.5 mm x 153.5 mm x 8.5 mm dan berat 167 gram, peranti ini sangat selesa untuk dipegang.

Telefon ini memiliki paparan skrin IPS HD berukuran 5.5 inci bersama resolusi 720p yang memastikan paparan yang jelas. Ianya juga turut dibina dengan skrin 2.5 D yang mempamerkan skrin yang lebih tebal untuk keselesaan pengguna. 


Pengguna sentiasa boleh menaikkan kecerahan maksimum untuk memastikan paparan yang sentiasa jelas semasa penggunaan di waktu tengahari. Dengan 3 butang di bahagian kanan telefon ini, ianya dilihat sangat mudah untuk dikawal dengan sebelah tangan terutamanya dengan ibu jari. 


SPESIFIKASI DALAMAN


Peranti ini menggunakan cip pemprosesan 4-teras MediaTek MT 6737.  Untuk unit pemprosesan pula, ia menggunakan ARM Cortex-A53 yang telah dikunci kelajuan jamnya pada 1.3 GHz. Untuk cip grafik, Wiko U Pulse menggunakan cip ARM Mali-T720. 

Dari segi prestasi, telefon ini sudah memadai untuk pengguna mengerah sepenuhnya RAM bersaiz 3GB dan kapasiti bateri 3000 mAh untuk memastikan penggunaan yang lancar ketika menonton video HD atau bermain permainan seperti Asphalt 8 yang tinggi grafiknya tanpa gangguan.

Didalam peranti ini juga dimuatkan dengan storan dalaman 32 GB dan turut menyokong kad microSD untuk simpanan luaran tambahan. Pengguna juga mempunyai pilihan untuk menggunakan rekaan dua kad sim.


Dari segi perisian pula, Ufeel Prime menggunakan sistem operasi Android Nougat berserta dengan UI dari Wiko sendiri. Jika dilihat ianya seolah-olah telefon stok android dengan penambahan tema dari Wiko sendiri yang unik dan kemas. Dari pemerhatian kami, tidak banyak aplikasi bloatware yang terdapat di dalam peranti ini. Ianya kelihatan lebih clean cut dan ringkas.

Banyak ciri-ciri menarik yang diketengahkan seperti paparan Split Ccreen untuk pengguna yang gemar melakukan dua tugasan pada waktu yang sama. Untuk penjimatan penggunaan bateri, penguna boleh mengaktifkan ciri Eco Mode.

KAMERA

Keupayaan kamera yang dibawakan oleh telefon ini agak mengejutkan kami. Dengan sensor 13-Megapiksel dan aperture f/2.0, sememangnya peranti ini menghasilkan gambar yang agak tajam.


Fungsi autofokus juga sangat responsif dan laju. Pengguna dapat membezakan latar belakang dan objek dengan mudah.


Antara muka aplikasi kamera Wiko Upulse juga distruktur semula daripada model sebelum ini dengan rekaan yang lebih minimalis dan praktikal. 


Dan yang paling menarik sekali, pengguna dapat menggunakan fungsi HDR dan Super Pixel untuk menghasilkan gambar yang lebih jelas dan tajam terutamanya semasa dalam keadaan low-light.


Contoh gambar diambil dalam bilik yang gelap dengan bantuan HDR dan Super Pixel menghasilkan gambar yang agak fantastik


Kamera selfie pula mempunyai sensor 8-Megapiksel bersama lampu flash. Hasil gambar menggunakan kamera hadapan juga sangat memberangsangkan. Pengguna boleh menaik taraf wajah dengan ciri Beauty yang disediakan yang dapat menghilangkan bitnik-bintik hitam dan jerawat dimuka supaya nampak lebih jambu. Penulis tidak menggunakan ciri ini atas alasan bersyukur dengan ciptaan tuhan. Cewahh!

HARGA


Wiko Upulse ini dijual di pasaran Malaysia hanya pada RM 799. Tidak banyak isu yang dapat kami kenal pasti tentang telefon ini. Spesifikasi yang diketangahkan adalah seperti yang sedia maklum untuk takuk harga di bawah RM 1000. 

Apa yang paling menarik perhatian kami adalah binaan luar yang premium dan antaramuka kamera dengan pelbagai ciri yang sangat intuitif. Kepada pengguna yang mahukan telefon pintar value for money, inilah jawapannya.

Untuk info lanjut:

Layari Facebook Wiko: https://www.facebook.com/WikoMalaysia
Laman Web Rasmi Wiko: http://my-en.wikomobile.com

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. AGENT Fansbetting GAME ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA
    Minimal Deposit & Withdraw = Rp.50.000,
    – Live Chat ( www.Fansbetting.co )
    – PIN BB : 5EE80AFE
    – Whats App : +855 963156245
    – Line : Fansbetting
    – Skype : fans.betting
    Terima kasih, Salam Admin Fansbetting

    BalasPadam
  2. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    dan menangkan hadiah menariknya

    BalasPadam
  3. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam
  4. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli