Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bina 'Market Value' Yang Baru, Walaupun Pada Asalnya Beli Di Bawah Harga Pasaran, Ini Tiga Kategori 'Market Value' Bagi Rumah Busuk

4 ulasan

Sememangnya rumah busuk, atau yang telah tidak berpenghuni lama, ditinggalkan tanpa pengurusan yang baik, sudah pasti kurang mendapat sambutan orang ramai, tapi ada baiknya juga sekiranya membeli rumah busuk ini.

Dengar sahaja akan panggilan yang diberi kepada rumah ini, ia sedikit sebanyak memberi gambaran kepada kita akan keadaan rumah tersebut, dan apa yang perlu dilakukan terhadap rumah tersebut.

Namun begitu, jika dilihat pada sudut yang berbeza, seperti jurutera ini, Ir Ajak Abdul Razak, sebernarnya terdapat tiga nilai pasaran yang ada pada rumah busuk, yang mana secara tidak langsung beri keuntungan di kemudian hari, walaupun perlu mengeluarkan modal di awal penambahbaikan.


3 KATEGORI MARKET VALUE (MV) BAGI RUMAH BUSUK

Saya berpandangan secara mudahnya ada 3 kategori market value (MV) bagi sebuah rumah busuk yang diperolehi samada melalui pembelian secara subsale atau melalui kaedah lelongan awam:

1. RUMAH BUSUK TANPA UBAHSUAI

Ini bermakna rumah yang dibeli berkeadaan asal. Biasa nya para pembeli akan berusaha untuk mendapatkan harga di bawah harga pasaran semasa kerana rumah busuk yang berkeadaan uzur dan usang.

Rumah busuk yang perlu dibaiki untuk kembali pulih, bagi 'mewangikan' rumah busuk sudah pasti memerlukan kewangan.

Sebagai contoh harga rumah busuk di bawah harga pasaran di antara 10% sehingga ke 50% bergantung kepada keadaan fizikal rumah pada waktu itu dan kedudukan lokasi rumah busuk berkenaan.

Pada kebiasaannya memang harga jualan di bawah MV. Ini bermakna para pembeli sudah membeli rumah busuk pada keadaan untung lah kerana harga di bawah MV. Betoikan.

2. RUMAH BUSUK DIBAIKI UNTUK KEMBALI KEPADA KEADAAN ASAL

Dengan mengeluarkan modal untuk membaiki semua kerosakan rumah busuk untuk kembali kepada keadaan asal rumah berkenaan 

Membaiki kerosakan yang ada seperti contoh: 

- Menggantikan atap yang rosak
- Pintu yang tiada
- Tingkap yang pecah
- Tandas yang tersumbat
- Sinki dapur yang telah dicuri
- Pintu pagar yang telah hilang
- Membuang semua sampah sarap
- Menebas rumput pada sekeliling rumahm
- Mengecat semula dinding luar dan dalam rumah

Sebagai contoh lagi: katakan MV rumah busuk ialah RM100k, korang berpeluang membeli dengan harga RM65k sahaja, maka masih terdapat baki nilai RM35k (katakan sekitar 35% harga di bawah MV) lagi.

Boleh digunakan modal untuk membaiki rumah busuk berkenaan supaya menjadi lebih sempurna dan berkeadaan baik serta boleh mencapai nilai semasa apabila dibuat penilaian harga. Dengan cuba seimbangkan kos pembaikan

3. RUMAH BUSUK DI UBAHSUAI UNTUK MENJADI RUMAH WANGI

Dalam kategori ini mungkin boleh di ubahsuai rumah busuk menjadi lebih sempurna mewangi:

- Bina porch kereta
- Extend dapur di belakang
- Pasang plaster siling
- Pasang tiles lantai seluruh rumah
- Rewiring baru sebuah rumah
- Bina table top
- Pasang kitchen kabinet atas & bawah
- Baiki tandas bagi cantik
- Pasang pagar
- Ganti atap jika bocor
- Gantikan pintu kayu
- Pasang gril
- Cat dinding dengan warna yang menarik dan kemas

Apabila rumah sudah menjadi wangi dan cantik. Contoh tidak mustahil dengan hanya MV rumah basic sekitar RM75k boleh mencipta MV yang baru menjadi RM150k disebabkan keadaan rumah yang amat sudah selesa dan sempurna dengan mengambil kira item-item yang telah di ubahsuai. Betoikan

Dengan 3 kategori ini, korang dah nampak gambaran untuk menyediakan jumlah bajet yang sesuai mengikut citarasa dan tujuan ubahsuai rumah busuk memasing.

Ini sekadar pandangan saya sahaja yer, tiada kena mengena dengan orang lain. Sekadar berkongsi ceriter rumah busuk yang ilmu di ilham kan oleh ALLAH ... Alhamdulillah. Yuhuu.

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk
Gambar adalah kes sebenar rumah busuk dari fail kes yang lepas

Gambar adalah kes sebenar rumah busuk dari fail kes yang lepas

- Siakap Keli

BACA: Empat Jenis Rumah Di Pasaran Yang Boleh Dimiliki, Bersesuaian Dengan Kemampuan & Bajet Diri Sendiri
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. PUNYA MASALAH DENGAN KEUANGAN ANDA?
    SEGERA INVITE 7ABE016D ATAU KUNJUNGI WEB #Jarumpk

    BalasPadam
  2. AGENT Fansbetting GAME ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA
    Minimal Deposit & Withdraw = Rp.50.000,
    – Live Chat ( www.Fansbetting.co )
    – PIN BB : 5EE80AFE
    – Whats App : +855 963156245
    – Line : Fansbetting
    – Skype : fans.betting
    Terima kasih, Salam Admin Fansbetting

    BalasPadam
  3. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  4. HIDUPMU AKAN LEBIH BAHAGIA SETELAH BERGABUNG DI #DEWA-LOTTO
    BURUAN DAFTARKAN DIRI ANDA SEKARANG JUGA !

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli