Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bersihkan Betul-Betul, Buang Tali Yang Melekat Dengan Isi Kupang, Takut Nanti Tanpa Sedar Termakan Sekali

One Comment

Kalau dah dihidangkan makanan laut, pastinya buat kita terliur, tak dapat nak tahan diri dari menjamu apa yang ada. Dari ketam, udang galah, kerang-kerangan, atau pun sotong, kalau dibakar, nikmatnya tidak terhingga.

Buat makanan laut seperti ikan, udang atau ketam, cara penyediaan dan membersihkannya tidaklah begitu sukar, tapi bagi yang bercangkerang, macam kerang, atau kupang, ada cara tersendiri untuk dibersihkan.

BACA: 10 Petua Bersihkan Kerang Dengan Cara Mudah, Hilangkan Kotoran Pada Bahagian Cengkerang

Lebih-lebih lagi kupang, yang mana hidup dengan berpaut pada sesuatu, seperti tali.

Kalau tidak dibasuh dengan betul, tali tersebut mungkin akan terlekat sekali bersama isi kupang. Jadi, menerusi perkongsian dari Norhanim Ahmad Rafaai ini, ada baiknya memakan masa lebih sikit dalam mencuci kupang ini.

Supaya nanti, tidak termakan sekali tali yang ada.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

Nak makan sedap²... Sebelum tu mesti kena cuci bersih dulu.... Ingat tuuu 😉

Jangan makan kupang jika.....

Masa syok menyiang kupang ni, tiba-tiba terpanggil nk share something.... Kepada penggemar seafood yang suka makan kupang, korang pernah x sakit² perut lepas mkn kupang di kedai atau di rumah?? Anda tahu x sebabnya apa? Mungkin ada yang berfikir anda ada alahan makanan laut kann??

Kalau nak tahu, kupang berpaut pada tali semasa proses pembenihan. Bila kupang dah matang, penternak akan cabut kupang tersebut dari tali atau mengguntingnya terus.. Jadi, tali tersebut masih melekat pada kupang...



Bila kita makan di restoran seafood, mereka tiada masa nk mencabut tali-tali yang melekat pada isi kupang... Itu menjadi tanggungjawab kita untuk mencabutnya... Macam mana rupa dia?

Tali tersebut melekat pada isi tengah yang berotot seakan bergumpal warna kehijauan, liat dan susah dikunyah, yang itu jangan dimakan..

Lagi senang kalau masak sendiri dirumah, kita boleh cabut dulu tali tersebut kemudian baru cuci bersih-bersih. Kalau kita beli kupang segar yg masih hidup, ia akan dalam keadaan tertutup semasa kita nak mencabutnya.

Kadang-kadang ada yang smpai trputus.. Tapi x mengapa, boleh je dimasak asalkan masa makan nanti jgn dimakan tali tersebut. Yang saya cabut dalam gmbr ni mudah ditarik sebab kupang dh mati masuk freezer.. hehehehe

Akan ada beberapa yang kita x jumpa tali, mungkin dah tercabut atau tersorok didalam. Kena sentiasa ingat la yee.

Bayangkan tali ni masuk dlm perut anda.. 😵


Air lumpur tu, cuci smpai jenih tauu 


Cabut tali yang melekat tu yee..


See, x bagus masuk dalam perut 


Jangan main telan je, tau-tau esoknya dah sakit perut sebab x hadam. Saya pun sebelum ni entah berapa banyk tali la yang dah masuk dalam perut ni.... huhuhu, patot badan x mau kurus-kurus 😜

«« Gigih menaip ayat baku smbil makan kupang 😝

<< Sekadar perkongsian, sila share jika bermanfaat >>

Ikhlas _ Norhanim Ahmad Rafaai

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    depo/wd minimal 15.000 tidak ada batasan maksimal wd,berapapun anda menang akan kami bayar,di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot)
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli