Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Berkira-Kira Dalam Mencari Pekerjaan? 5 Kriteria Ini Harus Dijadikan Panduan Dalam Menentukan Kesesuaian Jawatan/Pekerjaan Yang Diminta

One Comment
Foto: sheknows

Pada masa ini, untuk mendapatkan pekerjaan yang diingini sememangnya adalah sukar, jadi kebanyakan dari kita sudah pasti melupakan seketika hasrat untuk bekerjaya dalam bidang yang dipelajari, dan menumpukan perhatian dalam mencari pengalaman terlebih dahulu.

Namun begitu, tidaklah sewenang-wenangnya dalam mengambil apa juga kerja yang ada, ia seharusnya mengambil kira beberapa aspek penting sebelum buat keputusan untuk mengambil peluang pekerjaan tersebut.

5 Perkara Yang Harus Dipertimbangkan Dalam Mencari Pekerjaan

Ini adalah salah satu senarai yang perlu dipraktikkan bila mana mencari syarikat atau jawatan untuk pekerjaan, yang boleh membuatkan kita lebih maju dan berjaya.

1. Tujuan

Adakah anda yakin akan apa yang syarikat tersebut lakukan atau jual?

2. Ganjaran

Adakah syarikat tersebut mempunyai reputasi yang baik dalam mengimbangi hak pekerja, seperti tawaran gaji, atau kelebihan-kelebihan lain?

3. Peluang berkembang

Adakah syarikat tersebut memberikan peluang untuk memainkan tanggungjawab atau tugas dengan baik, dan memperoleh kemahiran yang baru, melebihi dari jawatan yang anda minta?

4. Rakan sejawat

Bolehkah anda bekerjasama dengan rakan sejawat mengikut budaya mereka (dari segi masa, gaya komunikasi, pembahagian kerja dan kehidupan harian, lain-lain)?

5. Lokasi

Dari tempat tinggal, berapa lama masa diperlukan untuk ke tempat kerja (atau kerugian), 5 hari seminggu?

Berikut merupakan antara kriteria yang boleh dijadikan sebagai rujukan dalam memilih pekerjaan, supaya ia tidak mengganggu prestasi kerja, dan membolehkan kita bekerja dalam susana yang selesa, yang mana tidak memberikan tekanan yang melampau. – Siakap Keli

Sumber: Jonathan Yabut
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli