Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Ayah Dah Bebas, Tapi Saya Tidak Pernah Simpan Dendam," - Gadis Mangsa Simbahan Asid


Walaupun kisah tragis terkena simbahan asid pada 7 tahun lalu masih kekal segar dalam ingatannya, itu bukanlah alasan untuk Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 15, menyimpan dendam pada ayah kandungnya sendiri, lapor Sinar Harian.

Beliau menyifatkan sambutan Syawal kali ini begitu bermakna kerana dia dan adik-beradik dapat meraikan semula Aidilfitri bersama ayah yang telah terpisah sejak Ogos 2010 lalu itu.

Fazlinda yang lebih mesra dipanggil Lin menyatakan kali ini mereka berpeluang menyambut Aidilfitri di Kampung dan ayahnya juga sempat melihat keadaan wajahnya kini akibat terkena simbahan asid dalam kejadian tujuh tahun lalu.

“Biarpun terpaksa tanggung akibatnya sampai sekarang, saya tak pernah berdendam dengan ayah dan dah lama memaafkannya. Lagipun dia tetap ayah kandung saya sampai bila-bila. Dia yang bersusah payah cari rezeki, jaga saya masa kecil.

“Selepas kejadian, ini kali pertama kami berhari raya bersama di rumah setelah ayah dibebaskan lebih kurang dua bulan lalu. Sewaktu ayah ‘di dalam’, ada juga saya dan adik-beradik pergi ke sana untuk jumpa pada hari raya.

"Emak pun tak pernah halang kami adik-beradik jumpa ayah. Tambah menggembirakan bila ayah turut menyatakan hasrat untuk cari duit bagi merawat wajah saya ni,” katanya.


Beliau menyatakan kini dia masih menunggu bantuan pembedahan yang telah dijanjikan oleh kerajaan negeri sebagaimana yang dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika melawatnya pada tahun lalu bagi memulihkan parut di wajahnya.

Menurut ibunya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 35, berkata, walaupun anaknya itu melalui pengalaman yang cukup tragis dilakukan oleh bapa kandungnya sendiri, dia tidak pernah menghalang anak-anak berjumpa bekas suaminya itu.

"Kisah lama biarkan berlalu apatah lagi hubungan seorang ayah dengan anak tidak akan terputus walaupun apa yang berlaku, dia kini telah menerima pembalasan atas perbuatan tersebut."

“Semua empat anak kami berusia antara 17 hingga 9 tahun dapat sambut raya bersama. Bagi saya, ini dapat eratkan hubungan ayah dan anak.“

“Saya sekarang tinggal di rumah mak (Minah Omar, 64). Bagi menyara keluarga, saya tolong jual sayur-sayuran di pasar pagi (Hari Giliran) di Bandar Kuala Berang. Saya juga berharap pembedahan wajah Lin dapat dipercepatkan,” katanya.


Pada 15 Ogos 2010 kira-kira jam 1.45 pagi tujuh tahun lalu, Lin bersama tiga ahli keluarga iaitu emak, nenek dan adik lelakinya melecur di beberapa anggota badan akibat terkena simbahan asid oleh ayahnya sendiri.

Lin yang ketika itu berusia 8 tahun cedera teruk sehingga terpaksa menerima rawatan hampir dua bulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Mau main b0la? Daftar disini F4n$ B3TT1nG
    Aman & Terpercaya :)

    BalasPadam
  2. Yuk daftarkan diri anda bersama kami DEWALOTTO
    minimal depo wd cuma 20 ribu..^_^

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli