Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anak Lelaki Juga Perlukan Pelukan Dari Ibu Bapa, Malah Lebih Kerap Dari Anak Perempuan

2 ulasan
Foto: rantnow

Ibu bapa akan sentiasa menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak tanpa membezakan mereka sikit pun. Tidak kiralah anak tersebut mempunyai kelebihan yang berbeza antara satu sama lain, atau hanya kerana perbezaan jantina, lelaki dan perempuan.

Biar pun anak lelaki sering dikaitkan dengan sifat mereka yang lebih kasar, lagi-lagi ketika sedang bermain atau bergurau, tapi ia tidak seharusnya menjadi sebab untuk ibu bapa kurang berikan pelukan kepada mereka.

Sebenarnya, walaupun hanya pelukan sementara kepada anak lelaki, tapi kesan yang akan mempengaruhi anak ini amat besar.

Kerana menurut perkongsian dari laman Parent Connect, anak lelaki sememangnya memerlukan belaian atau pelukan dari ibu bapa, sama seperti anak perempuan yang lain. Mengapa?

Mari kita ikuti penjelasan darinya.

Foto: parentingforbrain

PELUKLAH ANAK LELAKI

Ketika anak lelaki masih bayi, kita selalu memeluk mereka.
Bayi lelaki atau bayi perempuan sama saja bagi kita.

Apabila anak lelaki membesar sebagai kanak-kanak, kita memeluk mereka apabila pulang dari kerja kerana masing-masing rindu lama tidak berjumpa. Kita peluk mereka apabila melayan kecomelan mereka. 

Kita peluk mereka apabila kita bergembira dan bermain bersama mereka. Kita peluk mereka jika menangis. Kita peluk mereka sebelum tidur kerana sayu hendak berpisah buat sementara.

Ayah dan ibu, teruskanlah memeluk anak lelaki apabila mereka meningkat remaja kerana kajian* mendapati anak lelaki perlu dipeluk dua hingga tiga kali lebih kerap berbanding anak perempuan untuk menghasilkan paras hormon oxytoxin yang sama. Hormon inilah yang akan mengeratkan lagi perhubungan antara ibubapa dan anak.

Jika mereka merasa segan untuk dipeluk di khalayak ramai, peluklah mereka sebelum meninggalkan rumah. Tetapi jika mereka biasa dengan pelukan yang tidak putus dari kecil, mereka tidak akan terkesan dengan senyuman sinis rakan.
"Boys need two things that we tend to forget about when we focus only on their physical abilities and their higher activity levels: They need more touch and more conversation."
Michael Thompson PhD., 'Raising Cain'.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

*School of Sociology, Social Policy and Social Work, Queens University, Belfast.

- Siakap Keli

BACA: Didik Anak Sejak Dari Kecil Lagi Dengan Perkara Ini, Dalam Melatih Mereka Hormati & Hargai Diri
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli