Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Air Mata Kegembiraan, Perjalanan Dari KL Ke Perak Berbaloi, Kucing Kesayangan Yang Hilang Ketika Kemalangan Berjaya Ditemui Semula


Sejak seminggu lalu iaitu pada 30 Jun, telah tular di laman sosial kisah seorang wanita bernama Hafizah Rodzi II telah memuatnaik status meminta orang ramai yang terjumpa kucing kesayangannya yang hilang agar memaklumkan kepadanya.

Kucing yang diberi nama Tam itu hilang selepas melompat keluar daripada kereta yang dipandu abangnya yang terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Kampung Teluk Rebiah, Sungai Durian, Perak.


Menurut beliau, Tam telah melompat keluar dan menghilangkan diri dalam semak selepas pintu kereta dibuka oleh seorang pekerja dari syarikat kereta tunda yang mahu menunda kereta milik abangnya itu selepas dilanggar oleh sebuah kereta lain ketika perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Selepas kejadian mereka telah cuba mencari Tam tetapi tidak berjaya dijumpai menyebabkan mereka terpaksa meneruskan perjalanan pulang ke ibu kota.



Selepas pulang ke Kuala Lumpur, hatinya tidak tenang memikirkan bagaimana keadaan Tam yang tinggal di dalam semak itu menyebabkan dia dan keluarga telah membuat keputusan untuk kembali pulang ke Perak pada malam itu juga.

Selepas keluar mencari pada keesokan harinya di dalam semak berhampiran lokasi kemalangan, Tam akhirnya telah berjaya ditemui.

"Alhamdulillah terima kasih semua yang mendoakan, kucing kami Tam dah dijumpai semula dalam keadaan baik dan selamat di dalam kawasan semak."

"Berbaloi perjalanan jauh dari Ampang ke Perak untuk mencari dia, syukur ke hadrat Allah permudahkan urusan pada harini dan Allah lindungi kami sekeluarga," tulisnya yang ternyata bersyukur di laman Facebook.

Dilihat ibu Hafizah tidak dapat menahan air mata kegembiraannya selepas kucing kesayangan mereka itu berjaya ditemui semula.






Mungkin keadaan ini nampak biasa di mata sesetengah mereka yang tidak minat kucing, yang pasti perasaan betapa risau, sedih dan syukur yang dirasai oleh ibu Hafizah ini dapat dirasai oleh mereka yang menyayangi haiwan comel berkenaan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )

  1. join yuk di www.arenadomino.com
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games

    BalasPadam
  2. join yuk guys di areatoto.com
    ada games seru lo di sini guys
    ada sportbook togel casino
    hanya dengan 1userid sudah bisa mencoba semua games lo

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli