Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

4 Perkara Berkaitan Cuti Bersalin Buat Kakitangan Awam Yang Harus Diketahui Untuk Elak Kekeliruan Di Kemudian Hari

One Comment
Foto: broadly

Bagi mereka yang bakal menimang cahaya mata, atau pun masih lagi dalam berpantang dan sedang cuti bersalin, ia adalah saat di mana membolehkan ibu untuk berehat dan berpantang, supaya dapat mengembalikan kembali kesihatan tubuh badan.

Cuti bersalin diberikan khusus buat wanita di luar sana, dan ianya adalah cuti khas, serta berbeza mengikut tempat kerja, sama ada badan kerajaan mahu pun swasta.

BACA: Standard Chartered Bank Malaysia Bagi Cuti Bersalin 20 Minggu Bergaji Penuh

BACA: Maybank Tawar Cuti Bersalin Setahun Kepada Kakitangannya Sempena Hari Wanita Sedunia

Bagi mereka yang berkhidmat dengan badan kerajaan khususnya, perkongsian dari Dr Rushdan Noor ini, sedikit sebanyak dapat mengelakkan kekeliruan, supaya tidak berlaku terlebih cuti buat ibu lepas bersalin.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

Foto: bizorb

CUTI BERSALIN DAN MENYUSU KAKITANGAN KERAJAAN

Ramai yang kurang faham dan tersilap ambil cuti. Kami sering bertemu dengan ibu-ibu yang tidak sangka cuti mereka sudah kehabisan. Lebih baik beringat-ingat dari awal.

1. Jumlah cuti bersalin yang boleh diambil setiap kali melahirkan anak adalah minima 60 hari dan maksima 90 hari (Cuti bergaji penuh ditolak elaun kritikal). Jika pilih 90 hari, baki lebih kurang untuk anak-anak yang akan datang.

2. Jumlah cuti bersalin yang boleh dipohon sepanjang perkhidmatan adalah 300 hari (maksima 5 orang anak). 

Kalau sudah cukup 300 hari, tak layak ambil sebarang cuti yang berkaitan dengan kelahiran termasuk cuti sakit. Maksudnya petugas terpaksa mengambil cuti rehat ataupun kena pohon cuti tanpa gaji ataupun cuti menjaga anak.

3. Cuti Menyusukan Anak : Maksima 3 bulan (cuti tanpa gaji)

4. Cuti Menjaga Anak : Maksima 5 tahun (cuti tanpa gaji). Cuti hendaklah berterusan dari semenjak bersalin, tak boleh ada tempoh bekerja.

Selain daripada cuti bersalin 60 hari, kelulusan cuti adalah di atas budi bicara Ketua Jabatan berdasarkan kepada keperluan perkhidmatan.

Cuti tanpa gaji tidak dikira sebagai tempoh perkhidmatan dan akan memberi kesan kepada tarikh bersara dan juga imbuhan.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AGENT Fansbetting GAME ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA
    Minimal Deposit & Withdraw = Rp.50.000,
    – Live Chat ( www.Fansbetting.co )
    – PIN BB : 5EE80AFE
    – Whats App : +855 963156245
    – Line : Fansbetting
    – Skype : fans.betting
    Terima kasih, Salam Admin Fansbetting

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli