Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hanya Dalam Masa Satu Minit, Ini Apa Yang Berlaku Di Seluruh Dunia

2 ulasan

Dalam sehari ada 24 jam, dan setahun dalam 365 hari, maka setiap orang ada masa yang sama untuk melakukan aktiviti harian, sama ada bekerja, mandi, makan, tidur atau pun bersukan.

Jadi setiap orang mempunyai masa yang sama banyak antara satu sama lain, agak tidak adil sekiranya kita menyatakan kekurangan masa untuk melakukan sesuatu.

Pembahagian masa dengan baik adalah penyelesaiannya.

Tapi, pernahkah anda tertanya-tanya akan apa yang dilakukan oleh setiap orang di dunia dalam setiap minit?

Menerusi perkongsian dari saudara Shairy Hanapiah ini, 20 perkara ini adalah di antara perkara yang terjadi setiap minit.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Kita sering mengatakan bahawa masa itu pantas berlalu. Sampaikan kita tak sempat untuk melakukan pelbagai perkara di dalam masa 24 jam sehari.

Tetapi sebenarnya, setiap minit yang berlalu itu berlaku pelbagai perkara yang kita tidak sedar. 

Di sini abang kongsikan 20 perkara yang berlaku setiap minit di seluruh dunia untuk maklumat bersama.

1. Hampir sejuta manusia tidak berjejak di atas bumi


Setiap minit, di anggarkan hampir 10,000 buah kapal terbang akan berterbangan di ruang udara seluruh dunia. Maknanya memang ramai manusia yang berada di antara langit di bumi setiap masa. Jadi bukanlah hanya hantu yang tidak jejakkan kakinya di bumi ya.

2. Lebih 65,000 tong minyak digunakan 


Setiap tong minyak dianggarkan bersamaan dengan 159 liter minyak. Jadi dengan keseluruhan 65,000 tong minyak tadi mampu mengisi 4 buah kolam renang bersaiz Olimpik. Banyak kan? Tapi jangan kau tuang pula minyak ke dalam kolam renang.

3. Lebih 40 buah senjata api dijual di Amerika Syarikat


Jika setiap minit, 40 buah senjata api dijual-beli, satu hari ianya boleh mencecah sehingga 57,600 buah senjata api. Itupun masih menuding jari kat negara lain yang lebih ganas?

4. 300,000 tan ais mencair di Antartika


Dengan suhu bumi yang semakin panas, glasier di kutub selatan, iaitu tempat paling sejuk di muka bumi mula mencair dengan kadar 3 kali lebih cepat berbanding 10 tahun yang lalu. Umpama sejumlah air yang bersamaan ketinggian Gunung Everest disimbah ke dalam laut pada setiap 2 tahun.

5. Mcdonald’s jual 4500 biji burger


Walaupun pernah ada kempen boikot restoran ini di negara kita sebelum ini, semakin banyak juga cawangan baru dibuka. Bila perut kenyang, mulut pun diam.

6. 1,389 permintaan terhadap servis Uber


Tak mustahillah ramai yang dah mula berhenti kerja dan menjadi pemandu uber. Ianya salah satu bidang pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi.

7. Otak manusia mampu membaca sehingga 900 patah perkataan


Walaupun otak kita pantas, kita sahaja yang malas untuk membaca. Jangan salahkan otak.

8. 113 orang kanak-kanak dilahirkan di dalam kemiskinan


113 orang ini merupakan separuh dari jumlah kelahiran bayi baru seluruh dunia.

9. 116 orang berkahwin


Fakta yang menarik, tetapi yang tak menariknya hampir 58 orang juga yang bercerai setiap minit. Aduhai.

10. 18,055 pasangan bermula di applikasi Tinder


Berita baik untuk yang masih bujang. Jangan memilih sangat. Muat turun cepat.

11. 12,054 gelen wain diminum

No komen. Elakkan minuman keras. Berdosa ya.

12. Video berjumlah 400 jam dimuat naik ke Youtube


Youtube menjadi lubuk tumpuan dan carian video seluruh dunia. Teringat pada video klip PSY – Gangnam Style yang meletup dulu.

13. 7 artikel baharu dimasukkan ke dalam Wikipedia


Wikipedia antara salah satu sumber informasi yang terkenal seluruh dunia. Wikipedia dicipta oleh Jimmi Wales dan Larry Sanger.

14. 2,500 tan sampah dihasilkan


Ini tak kira lagi sampah sarap yang kau simpan kat dalam stor rumah lagi ya.

15. 15,000 buah lagu dimuat turun dari iTunes


Tak perlu lagi beli cd-cd lagu. Tekan, muat turun dan dengar.

16. 0.15 spesies haiwan atau tumbuhan pupus


Jumlah yang nampak kecil, tetapi ianya boleh menjadi lebih 200 jenis spesies yang pupus setiap hari.

17. 2,709 buah telefon pintar dijual


Hidup masa kini, setiap orang mesti memiliki telefon pintar. Sampaikan budak belum bersekolah pun dah tahu gunakannya untuk melayan video ‘Didi and friends’.

18. 4.2 juta video ditonton di snapchat


Snapchat adalah applikasi di telefon pintar yang mana pengguna boleh saling berkirim video dan foto yang kemudiannya akan dipadam secara automatic selepas beberapa ketika. Mungkin di Malaysia masih belum begitu popular. Kalau tak, pasti dah cecah 10 juta video!

19. Darah mengalir ke seluruh tubuh


Pengaliran darah berbeza mengikut setiap individu. Tetapi dianggarkan setiap orang memerlukan hanya 1 minit untuk darahnya mengalir ke seluruh anggota tubuh dan kembali ke jantung. Pantas.

20. 2.3 juta carian dilakukan di Google


Tak percaya? Cuba ‘googling’ info ni betul atau tidak.

Sekian. Terima kasih kerana membaca. Berguna juga otak tu untuk membaca.

Shairy Hanapiah
Suka fakta menarik

- Siakap Keli


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Kontak bbm 5EE80AFE :D

    BalasPadam
  2. yuk.. gabung di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g dan menangkan hadiah menariknya,
    untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli