Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

10 Seni Dalam Meraikan Tetamu Yang Hadir, Buat Mereka Rasa Lebih Dihargai & Diraikan

3 ulasan
Foto: utusan

Pasti ramai di antara kita yang merancang untuk mengadakan majlis dalam menyambuat apa jua perayaan atau sambutan. Ia untuk memeriahkan lagi sambutan yang diadakan.

Dalam pada itu, sudah pasti kita akan menjemput rakan-rakan atau ahli keluarga untuk berkunjung ke rumah, dan beramh mesara sambal menikmati juadah yang disediakan.

Jemputan yang hadir pula, datangnya dari pelbagai tempat dan berbeza latar belakang, sebagai tuan rumah, melayan dan menyantuni mereka adalah perlu.

Bagaiman pula kita hendak memstikan tetamu yang hadir diberi tumpuan yang secukupnya oleh kita.

Terdapat 10 cara yang boleh dilakukan dalam menghormati tetamu yang hadir supaya mereka rasa dihargai, mari kita baca untuk lebih lanjut.

Foto: beritaharian

10 SENI MERAIKAN TETAMU
Semua orang mahu berasa kehadiran mereka dihargai. Apabila buat rumah terbuka, majlis perkahwinan atau apa saja majlis seumpamanya, manfaatkan tips berikut:

1. Berikan jemputan peribadi

Personalised the invitation. Cara yang paling mudah letakkan nama tetamu yang dijemput. Elok letakkan nama itu di WhatsApp atau kad jemputan.

2. Hadkan bilangan jemputan

Usah buat tetamu sebagai "nombor" untuk dimegahkan. Elakkan berbangga dengan bilangan tetamu yang hadir, sebaliknya tumpu kepada kualiti layanan kita kepada mereka.

3. Sebut nama

Apabila menyambut tetamu, sebutkan nama mereka. Gunakan nama timbangan, itu lagi baik. Sekiranya kita tidak kenal tetamu, itu tandanya kita menjemput terlalu ramai.

4. Tanya khabar & berbual seketika

Selepas bersalaman dan menerima kedatangan, tanya khabar dan berbual seketika. Usah terus kata, "jemput makan." Mereka datang untuk menziarahi kita, bukan nak makan. Kalau sekadar nak makan, lebih baik pergi kedai mamak.

5. Berjalan meja ke meja

Berjalan dari meja ke meja untuk berbual dan bertanya khabar tetamu. Setakat sambut di pintu, tak cukup. Sekiranya kita tak mampu bertemu mereka di meja, itu tandanya tetamu kita terlalu ramai.

6. Usah biarkan tetamu makan sendirian

Temankan dia makan buat seketika. Sekiranya kita (atau anggota keluarga kita) tak mampu temankan dia, sekali lagi itu menunjukkan majlis kita terlalu besar.

7. Usah memilih cara layanan

Dalam tiga majlis perkahwinan anak-anak, saya tak sediakan meja VIP walaupun ada menteri dan Tan Sri yang datang. Semua tetamu saya raikan sama saja dan saya tidak memilih dalam memberikan layanan.

8. Jaga percakapan

Usah bercakap keburukan tetamu kepada tetamu yang lain, walaupun di belakang mereka.

9. Ucap terima kasih

Selepas tetamu pulang, hantar WhatsApp ucap terima kasih. Adalah lebih elok jika kita hantar gambar yang diambil bersama tadi. Itu menjadikan mereka berasa kehadiran dihargai.

10. Usah megah dengan bilangan tetamu yang hadir

Saya cuba mengelak untuk hadir majlis sekiranya saya hanyalah satu dari 10,000 orang yang hadir. Sekiranya diberikan pilihan, saya lebih suka hadir majlis di bawah 500 orang di mana tuan rumah boleh berikan masa yang banyak untuk tetamu.

Sumber: Norizan Bin Sharif

- Siakap Keli

BACA: 5 Tip Buat Rumah Terbuka Versi Bajet, Tapi Masih Mengekalkan Suasana Hari Raya
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. Kecewa dengan agen online game yang lain , ayo buruan daftar disini ya u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g +c+o+m

    BalasPadam

  3. mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    depo/wd minimal 15.000 tidak ada batasan maksimal wd,berapapun anda menang akan kami bayar,di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot)
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli