Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Akan Bersyukur & Gembira Jika Lelaki Dapat Memahami Diri Mereka, Perkongsian Ini Adalah Mengenai Wanita Yang Lelaki Harus Tahu

No Comment
Foto: masterfile

Dalam mengenali setiap pasangan masing-masing, mungkin ada pasang surutnya, yang mana memerlukan pasangan untuk mengambil hati supaya mengukuhkan lagi ikatan yang terjalin.

Bukan itu sahaja, lelaki juga harus tahu bagaimana untuk memenangi hati wanita, yang mana ramai berfikir wanita sukar untuk difahami, tapi, ianya bukanlah sebegitu.

Apa yang harus dilakukan oleh lelaki, adalah dengan memahami diri mereka, dan menerusi siri Tweet dari Saifullah Kamaluddin ini, ia sedikit sebanyak boleh dijadikan rujukan oleh sang jejaka dalam mengenali wanita, serta menjadi teman yang disenangi oleh wanita.

1. Sekiranya wanita mahukan seseorang lelaki, maka tidak perlu risau siapa lelaki yang mahukannya. Lakukan sesuatu dengan sepenuh hati, apa yang wanita rasa penting, kemungkinan adalah penting juga buat lelaki. Mereka mahu melihat tindakan dan diperbetulakn tingkah laku, kata-kata maaf tidak mencukupi.


2. Sememangnya wanita suka bertanya akan sesuatu yang dia sudah tahu, dan mereka tahu apa yang lelaki cuba sembunyikan. Tapi, mereka akan hargai seseorang yang ada sedikit perancangan, dari tiada langsung.

Harus diingat, tiada guna untuk bertengkar dengan wanita, kerana mereka ada ingatan yang sangat baik, dan akan mengungkit mengenainya, dari hari, tarikh, masa, dan tempat.


3. JANGAN bergurau mengenai berat badan, rupa, atau kebijaksanaan wanita, kerana mereka ambil serius akan hal itu.

Bagi sesetengah wanita, mengusik, cubit, pukul, atau mencucuk adalah cara mereka untuk bergurau, walupun ianya sakit abgi lelaki.



4. Wanita tahu apa yang anda akan lakukan, sebelum anda lakukannya, dan mereka inginkan kepastian sekiranya meragui akan sesuatu.

Mereka akan meragui dengan tindakan yang tiba-tiba, seperti penggunaan perkataan, bagaimana cara lelaki bertindak bals, juga berkelakuan baik tanpa sebab.

Tiada rasa hormat, sombong, dan kurang ajar, ia membuatkan wanita menjauhi lelaki.


5. Ada kalanya wanita cuba membuatkan ‘lelaki’ menjadi ‘lelaki matang’ dengan ‘ujian’ mereka. Jadi, ada ketikanya wanita, bersikap seakan-akan mengecewakan, tapi bukan bermaksud untuk bergaduh dengan anda, hanya mahu menyatakan yang dirinya adalah betul.

Walaupun anda tidak melihat sesiapa, tetapi mereka akan memarahi anda, kerana sifat mereka sebegitu. Itulah yang menunjukkan, mereka menyayangi lelaki, tetapi ada lelaki yang gagal untuk perasan.


6. Ada maksud di sebalik senyuman, memegang rambut, atau cara mereka berpaling. Setiap sesuatu yang ‘kecil’ itu, adalah cara mereka memberitahu sesuatu.

Bila datang bulan, biarkan mereka menangis, berkelakuan pelik.


7. Jangan abaikan mereka. Bila mereka sudah buat keputusan untuk mengundur diri, sukar untuk memilikinya kembali.

Berikan masa dan sentiasa ada bila diperlukan. Kerana, ramai lelaki lain yang akan cuba untuk mendekatinya. Mungkin, bila anda kalah dalam pertengkaran, ia adalah kemenagan buat anda.

Pastinya, sebelum anda buat keputusan untuk bersama, Tanya pada diri, adakah anda sudah sedia untuk memikul tanggungjawab?


8. Bila mana anda melarang wanita buat sesuatu, adalah lebih baik anda juga berbuat demikian.

Jangan gunakan rasa tidak yakin mereka, silap, atau masa lampau untuk melawan mereka, ia bukan cara untuk anda rasai kemenangan.

Jangan salahkan mereka kalau terlalu menyayangi anda, jika tidak dapat terima, lepaskan sahaja mereka. Mungkin mereka memilih dalam emncari yang sesuai, tetapi, bila anda jadi pilihannya, tiada yang lain.

9. Wanita tidak kisah sekiranya anda ada bajet yang kurang, cuma seharusnya ada perancangan, kerana yang penting adalah ada masa bersama.

Jangan terlalu mencuba, kerana anda akan kelihatan seperti terlalu terdesak.


10. Salah satu rungutan yang sering didengar adalah, lelaki tidak menjadi pendengar yang baik. Wanita suka luahan hati ke hati. Jangan menuduh, buat andaian, atau menengking, tanpa alasan yang jelas.

Jangan marah sekiranya mereka terlalu memikirkan anda dengan wanita lain, kerana mereka tahu apa gadis lain boleh lakukan.

Juga,sememangnya, mereka ambil masa. Kena faham, solekan, dan pemilihan baju yang lama, adalah kerana untuk anda.

Foto: mehditoozhy

Ini adalah sebahagian perkara yang lelaki boleh cuba untuk fahami akan siapa itu wanita yang sebenarnya. Banyak lagi yang dijelaskan dalam siri Tweet ini, boleh lihat pada Twitter @Shyeful untuk yang lain.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli