Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Waktu Ni Biasanya Ayah Akan Salin Pampers Syahid, Ayah Akan Lap Badan Syahid," Kenang Ustaz Bazli


Semalam kita telah dikhabarkan tentang pemergian anakanda tercinta Ustaz Bazli UNIC di mana anaknya Muhammad Syahid, 3, yang menderita akibat kanser Limfoma telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

Pemergian Syahid amat dirasai ramai orang diluar sana selepas namanya telah bergema di konsert akhir Gema Gegar Vaganza yang dilaungkan oleh bapanya itu selepas memenangi konsert berkenaan.

Rata-rata netizen memuji tindakan pasangan suami isteri yang tabah ini, mereka dilihat terus tersenyum walaupun anak kesayangan mereka telah pergi untuk selamanya.


Hari ini di laman Instagram, Ustaz Bazli telah memuatnaik satu lagi statusnya di laman Instagram, beliau dilihat mengenang kembali hari-harinya sebelum ini, namun kini itu semua hanyalah kenangan, Syahid telah pergi untuk selamanya.

Jom kita baca.



Syahid.. Waktu ni biasanya ayah akan salin pempers syahid, ayah akan lap badan syahid, ayah usap lembut bdan syahid, ayah betulkan posisi bantal syahid, ayah akan selimutkan syahid, ayah akan peluk syahid sampai syahid tenang sambil ayah akan baca bisikan kt telinga syahid surah2 yg syahid suka.. Sungguh ayah rindu kau naakk

Syahid.. Ayah masih terkenang detik semalam saat ayah tgu d luar penuh debaran dan tiba2 doktor keluar blik bgtau yg syahid dh xd dan ayah sila boleh masuk sekarang utk peluk anak.. Hanya Allah yg tahu perasaannya. 

Syahid.. Jika Allah btanya kelak tentang ayah. Syahid gtaulah bahwa ayah dah cuba sedaya mampu utk mengubati dan mengurus syahid. Ayah dah cuba mendidik syahid dgn didikan paling terbaik. Ayah dah jalankan amanah sebagai ayah dgn cara paling bhikmah. 

Syahid.. Jangan lupa tarik tgn umi ayah pimpin tgn kami ye utk masuk syurga. Kita baca quran sama2 lg kita bgrau sama2 d syurga indah bahagia. 

Syahid bnyk mengajar ayah supaya bsabar dalam membesar dan mengurus anak. Syahid inspirasi ayah utk menjadi ayah yg kental berjiwa pahlawan. Syahid mengajar ayah spaya mnjadi jantan yg kuat. bangkit dan bangkit xmudah menyerah lembik. 

Syahid.. Waktu kelahiran syahid ayah cipta khas lagu Bintang Syurga tujukan utk syahid. Spya ia menjadi doa dan motivasi kau. Harini kau benar2 menjadi bintang syurga naaak. 

Syahid.. Berlari2lah kau d dalam taman syurga dgn penuh riang. Xd sakit lgi xd ubat lg xd merintih lg kerana kau adalah BINTANG SYURGA 
#syahid #bintangsyurga

Sumber: Insta bazliunic
- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )
  1. yang butuh dana dengan modal 15.000 add pin bb : 58ab14f5

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli