Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Tular Rakaman Video Lelaki Cuba Ceroboh Kokpit Pesawat MAS MH128 Ditahan Pasukan Keselamatan Australia


Semalam negara digemparkan dengan satu kejadian di mana pesawat Malaysia Airlines MH128 dilaporkan telah terpaksa berpatah balik ke Melbourne selepas seorang penumpang cuba memasuki kokpit.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.11 malam (kira-kira 9 malam waktu Malaysia) di mana pesawat dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, bagaimanapun pesawat telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Tullamarine, Melbourne kira-kira 30 minit selepas.

Lelaki berkenaan telah berjaya ditangkap serta ditenangkan oleh anak kapal dan orang ramai.

Hari ini rakaman video suasana dalam pesawat ketika lelaki berkenaan diberkas oleh pihak berkuasa Australia lengkap bersenjata telah menjadi tular hari di laman sosial.



Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Aziz Ab Kaprawi menafikan pesawat MH128 berkenaan cuba dirampas, menurut beliau ia hanyalah tindakan seorang penumpang mabuk yang cuba memasuki ruang kokpit pesawat, lapor mStar Online.

"Ia bukan rampasan pesawat. Seorang penumpang cuba memasuki kokpit pesawat, penumpang itu yang juga warga Sri Lanka, mendakwa mempunyai bom. Ia bukan bom tetapi powerbank," jelas beliau. - Siakapkeli.my

Sumber Video: Aizley Shahar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. BAGI YANG INGIN MERUBAH NASIB
    ATAU MENJADIKAN HIDUP LEBIH BERMAKNA
    BURUAN GABUNG DI #DEWA-LOTTO

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli