Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Video] Jika Geli Nak Bagi Bantuan CPR, Dengan Pantas Guna Teknik ‘Hands Only CPR’ Rawatan Awal Penting Selamatkan Nyawa

3 ulasan
Foto; doktorn

Bila mana dalam kawasan tumpuan ramai, sama ada di pusat membeli belah, atau kawasan pejalan kaki, kita pastinya akan berdepan dengan kesesakan yang amat sangat. Di mana orang ramai akan berpusu-pusu berjalan untuk ke destinasi mereka.

Mungkin dalam keadaan ini, ada kemalangan yang berlaku, yang mana orang awam, iaitu warga emas, atau anak muda yang tiba-tiba jatuh tidak sedarkan diri.

Dalam kekalutan itu, mungkin dengan ilmu yang ada, sebiknya kita boleh lakukan seperti yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Firdaus ini, iaitu ‘Hands Only CPR’, setelah membuat panggilan kecemasan.

Mari kita ikuti cara bagaimana untuk melakukannya.

Foto: remoremedicalinternational

'Hands Only CPR'

Tengah seronok membeli belah di Kota Raya, tiba - tiba nampak seorang pakcik berumur 60an rebah tak sedarkan diri. Tangannya mencengkam dada.

Apa nak buat?

A. Panggil bantuan orang ramai untuk menghubungi 999.
B. Keluarkan telefon bimbit dan rakam video untuk Facebook Live.
C. Pandang tempat lain. Buat - buat tak nampak dan sambung membeli belah di kedai lain.

Hah? Cepat pilih jawapan yang jujur.
Harap harap jawapan anda A: panggil bantuan.

Tapi apa nak buat sementara tunggu ambulans? Dengan jalan 'jam' & pemandu Malaysia yang gemar menggunakan lorong kecemasan, pasti agak lama sebelum ambulans sampai.

Pasti anda pernah lihat di kaca TV pelakon tampan seperti David Hasselhoff melakukan cardiopulmonary resuscitation (CPR).

"Tapi saya geli nak buat 'cium - cium' di khalayak ramai. Takut ada penyakit berjangkit pula."

'Cium - cium' yang dimaksudkan adalah mouth to mouth ventilation. Bukan cium semata mata, tapi memberikan bantuan nafas.

Kalau geli atau risaukan jangkitan kuman, jangan risau. Jangan menjadikan ia sebab untuk tidak membantu mangsa. Bantuan CPR awal, meningkatkan kebarangkalian mangsa selamat (increase chances of survival).

Foto: preparesocal

Lakukan HANDS ONLY CPR. Hanya gunakan tangan tanpa pernafasan mulut ke mulut. Bagaimana caranya?

1. Keadaan sekeliling perlulah selamat. Pastikan diri anda dalam keadaan selamat terutamanya. Jika mangsa di tempat yang bahaya, bawa mangsa ke tempat yang selamat. (DANGER)

2. Tepuk bahu mangsa dan panggil mereka dengan kuat. Ini bertujuan mengenalpasti jika mangsa mempunyai tindak balas. Pada masa yang sama lihat jika mangsa bernafas dalam tempoh 10 saat. (RESPONSE)

3. Jika mangsa tidak bernafas atau tidak memberi tindak balas, panggil ambulans dengan membuat panggilan ke talian 999 dan minta dapatkan AED (Automated External Defibrillator). (SEND FOR HELP)

Foto: foxnews

4. Letakkan tangan anda dalam genggaman (tangan dominan menggegam tangan bukan dominan) di tengah dada atau bahagian bawah tulang dada (lower half of sternum).

5. Tekan dada mangsa sedalam 5-6cm atau 2 inci. Pastikan dada kembali semula ke keadaan asal selepas setiap tekanan dada. (Allow complete chest recoil).

6. Tekan dada pada kadar 100 hingga 120 seminit. Jika lihat kempen di US dan UK, mereka menggunakan tempo lagu Staying Alive dari Bee Gees. Jika ada cadangan lagu Malaysia, sila letakkan cadangan di ruang komen.

7. Jangan berhenti menekan dada mangsa sehingga ambulans tiba. Jika ada orang lain bersama anda, lakukan tekanan dada ini secara bergilir bagi mengelakkan keletihan dan kepenatan yang akan mengurangkan kualiti tekanan dada.

Boleh ingatkan langkah - langkah ini?


Mana yang dah ada sijil Basic Life Support tu, sila buat betul-betul ya. Ikut langkah DRSABCD. Hands only CPR ini, untuk orang awam. Sekurang - kurangnya tidak lah duduk melangut sahaja.

Boleh kan? Anda boleh menyelamatkan nyawa. Semuanya di tangan anda.

Dr Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris
Presiden dan Pengasas
Medical Mythbusters Malaysia



Chain of Survival: Pengesanan awal kejadian cardiac arrest dan permulaan awal CPR meningkat peluang mangsa selamat



- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Cuma di F4NS B3T71N9
    Deposit sekali dan bisa main berkali-kali
    Buruan :D

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di updatebetting

    BalasPadam
  3. ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    di [email protected]*p0ker || add pin bb 55F97BD0 :* :* ;)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli