Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Video] Sungguh Menghiburkan, Pensyarah Ini Guna Kaedah ‘Rapping’ Dalam Mengajar Untuk Mudahkan Pemahaman Pelajar

2 ulasan

Bagi sesetengah pelajar mungkin sukar untuk memahami sesuatu perkara, sekiranya ia dipelajari secara terus sahaja, yang mana sering diterangkan akan teori sesuatu perkara. Ianya bukanlah sesuatu yang buruk, kerana pelajar masih lagi boleh memahami apa yang dipelajatri di akhir pembelajaran nanti.

Untuk satu-satu subjek yang berat, dan membosankan, pelajar mungkin akan cebat bosan, dan tidak memberikan tumpuan sepenuh perhatian. Tapi, sekiranya ianya diberikan pembaharuan, kemungkinan pelajar dapat rasai keseronokan untuk belajar.

Mengajar dengan cara mengubah nota menjadi sebuah lirik ‘rapping’ mungkin sesuatu yang baru buat kita, yang mana, seorang pensyarah, iaitu saudara Norizwan Azlan telah menggunakan kaedah ini, untuk mengajar pelajarnya.

Mari kita lihat akan keberkesanan kaedah ini.


Dek kerana terpengaruh dengan satu scene dalam movie Ron Clark Story di mana Ron Clark yang juga seorang guru telah mengajar subjek sejarah menggunakan muzik rap, aku telah bertindak meniru scene ni untuk mengajar pelajar-pelajar aku.

Dalam scene tu, Ron Clark telah menghasilkan lirik berkaitan presiden presiden USA dan kemudian dia rap kan lagu ini.

Para pelajar dia menyukai method ini kerana ia lebih menarik dan lebih senang untuk dihafal. Apatah lagi ia adalah subjek sejarah dan biasanya boleh buat orang bosan. Jadi, dengan menggunakan method rapping ni, para pelajar akan rasa seronok mempelajarinya.

Aku juga menggunakan method yang sama untuk ajar topik Components of Creativity dan Taxonomy Bloom.

Aku bagi sub-topik kecil kepada pelajar-pelajar aku dan lepas tu aku suruh mereka baca dan fahamkan dulu. Lepas faham, diorang kena cipta lirik untuk rap kan topik tu di depan kelas agar dapat didengari oleh kawan-kawan lain.

Untuk bagi pelajar-pelajar aku rasa benda tu mudah dan terutama sekali nak buat diorang rasa selesa untuk rapping, aku pun tunjuk demo. Ha, korang boleh tengok video rapping aku dalam status ni. Amacam? Macam Eminem tak? Kahkahkah!

Kelemahan

Menggunakan method rapping ni aku dapati ada satu masalah utama. Para pelajar aku belum mahir untuk cipta lirik untuk di rap kan.

Akibat dari situ, kebanyakan lirik yang diorang rap tak berapa nak difahami oleh pelajar pelajar lain. Jadi, setiap kali lepas diorang rap, aku kena buat penerangan semula pasal apa yang diorang rap agar satu kelas faham.

Untuk atasi masalah ni, boleh jadi, aku kena buat dua benda. Satu, aku yang buat lirik awal awal dan bagi diorang rap kan. Kedua, aku kena bagi masa lebih lama untuk diorang create lirik yang lebih kemas dan padu.

Ini major weaknesses untuk method ni, yang lain tak berapa terlihat sangat.

Kelebihan

Major advantage bila guna method macam ni, aku dapat lihat sisi lain pelajar-pelajar aku. Mungkin selama ni asyik nampak diorang asyik study dan nak score A je.

Tapi bila guna method ni, aku dapati ada antara diorang yang nampak berbakat dalam industri muzik. Seolah-olah, method rapping ni dah jadi satu sesi ujian untuk cungkil bakat-bakat terpendam para pelajar aku.

Dengan penggunaan method ni, sebagai pendidik, kita boleh buka peluang kepada para pelajar kita di mana, apabila mereka mahu bekerja nanti, tak semestinya mereka fokus kepada kerja yang tradisi sahaja, tapi mereka boleh buat sesuatu berdasarkan bakat dan keupayaan yang mereka ada.

Mungkin mereka boleh jadi the next Joe Flizzow ataupun Altimet.

Selama 9 tahun aku mengajar, aku asyik guna method yang sama. Tapi, pada tahun ni, bila aku ubah, aku dapat lihat banyak perubahan positif especially melihat bakat terpendam pelajar-pelajar aku.

Selain tu yang paling penting, aku dapat create suasana segar dan menyeronokkan di dalam kelas. Proses pembelajaran tidak patut dilihat sebagai sesuatu yang membosankan, tapi ia patut menjadi satu sesi yang digemari, diminati dan dinanti oleh para pelajar.

Cumanya, pendidik kena kerja kuat sikitlah untuk jadi lebih kreatif dalam menjadikan persekitaran kelas sesuatu yang happening dan menyeronokkan para pelajar.

Kalau kau cikgu dan kau nak dapat lebih banyak idea, kau boleh try tonton cerita Ron Clark Story tu. Ambillah method yang dia guna pakai dan cuba sesuaikan dengan kelas kau.

Aku ni pun try and adjust je, bukan sekali buat terus berkesan. Tapi at least, aku ada buat pembaharuan la dalam kelas aku.

Norizwan Azlan
Fullmetal Allecturer


- Siakap Keli

BACA: Dulu Ambil PMR Umur 16 Tahun, Guna Kalkulator Saintifik Pun Tak Tahu, Kini Pemuda Ini Buktikan Remaja Bermasalah Itu Sementara, Mereka Mampu Berubah
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. izin share ya admin
    mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli