Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) 'Saya Pegang Senjata, Tapi Dia Cuma Tersenyum' - Tentera Amerika Kongsi Kisah Bagaimana Dia Terinspirasi Untuk Peluk Islam



Satu video yang merakamkan seorang tentera Amerika menceritakan bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam menjadi viral di media sosial.

Video yang pada mulanya dimuat naik oleh One Path itu kemudiannya dimuat naik sekali lagi oleh laman Explore Islam yang seterusnya menarik beratus-ratus ribu perkongsian di Facebook.

Di dalam video berdurasi 1.45 minit itu, seorang askar AS yang dikenali sebagai Randy menceritakan detik permulaan ketika dia mula tertarik dengan Islam.

"Satu hari, ketika saya sedang menjaga pagar ini - bersenjatakan senapang untuk mengawal, dan tiba-tiba ada sebuah trak menuju ke arah saya.

"Ketika trak tersebut semakin dekat, saya menjerit menyuruhnya untuk berhenti. Trak itu kemudiannya berhenti dan pemandunya pun keluar berjalan ke arah pagar.

"Ketika dia datang ke arah saya wajahnya asyik tersenyum sahaja. Dalam kepala saya - 'lelaki ni dah gila' - saya tak tahu apa yang tak kena dengan dia ni.

"Tapi ada sesuatu yang memberitahu saya supaya jangan tembak. Ada sesuatu yang memberitahu saya supaya tidak menarik picu.

"Apa yang berlaku selepas itu adalah dia mendekati saya. Dari perbualan kami, saya beritahu yang dia tidak boleh masuk ke dalam pagar, 

"Kemudian saya kata 'kamu tak nampak ke saya sedang tujukan senjata ke arah kamu ni? Kamu tak tahu ke saya boleh tembak kamu begitu saja?

"Bagaimanapun, dia memandang saya sambil tersenyum dan jarinya menunjukkan ke arah langit sambil berkata: 'Saya hanya takutkan Allah'.

Insiden terbabit memberi inspirasi kepada Randy untuk memeluk Islam ketika kembali ke AS.

"Saya kembali pada Oktober 2011 dan saya mengucap Syahadah di masjid Farouq.

"Satu perkara yang akan saya beritahu sesiapa pun yang minat dengan Islam adalah: Jangan teragak-agak. Jangan takut untuk melawat masjid. Jangan takut untuk bercakap dengan orang Muslim. 

"Jangan percaya dengan apa yang media beritahu kamu. Itu peraturan nombor satu.

"Jangan benarkan sesiapa beritahu kamu yang ISIS atau Taliban mewakili Islam. Kerana jika itu kesnya, jadi KKK mewakilik Kristian. Dan semua orang tahu perkara itu tidak benar.

"Jangan benarkan sesiapa beritahu kamu Islam tu apa sehingga kamu buat kajian sendiri." kata Randy.

Tonton video penuh dibawah:

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 6 ulasan )
  1. Hai...penggemar BOLA, info : 5ee80afe
    Komunitas Sepak Bola terbesar di Indonesia :)

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. Bosan Maen Game Gitu-Gitu Aja.. Gabung Aja Di DEWALOTTO

    BalasPadam
  4. ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    di [email protected]*p0ker || add pin bb 55F97BD0 :* :* ;)

    BalasPadam

  5. salam kenal ya,mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam
  6. Haloo yukk silahkan bermain bersama kami di kelinci99 dan dapatkan freechips nya setiap harinya dengan permainan Togel dan 9 Games yang bisa dimainkan dengan 1 userid saja lo silahkan..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli