Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Cara Pegawai Polis ini Kawal Lelaki Bersenjatakan Pisau Dapat Pujian Ramai, Berakhir Dengan Sesuatu Yang Tak Dijangka



Seorang pegawai polis Thailand menerima pujian susulan insiden keberaniannya mengawal dan menghentikan satu ancaman berbahaya di balai polis Huay Kwang di Bangkok.

Insiden bermula apabila seorang lelaki bersenjatakan pisau besar memasuki balai polis terbabit.

Menerusi rakaman CCTV, lelaki bersenjata itu kemudiannya cuba menghalakan pisau ke arah pegawai polis, Anirut Malee, yang kelihatan di tepi sebuah meja.

Bagaimanapun, Anirut kelihatan tenang sahaja mengawal keadaan dan cuba bercakap dengan lelaki tersebut dan langsung tidak menggunakan kekerasan biarpun dia bersenjata.

Bukan itu sahaja, selepas berjaya memenangkan lelaki itu, Anirut mengambil pisau lalu membuangnya jauh-jauh.



Dan tanpa disangka-sangka, Anirut terus memeluk lelaki tersebut erat-erat disambut dengan beberapa tepukan di belakang. Lelaki itu kemudian didudukkan dan dilihat menangis di atas kerusi.


Menurut laporan berita tempatan, kejadian itu berlaku pada 17 Jun lalu.

"Sebelum ini bekerja sebagai pemuzik namun baru tiga hari ini dia bekerja sebagai pengawal keselamatan dan tidak mendapat bayaran. Dia mengalami stress kerana ditambah pula dengan gitarnya dicuri," kata Anirut.

"Saya mendengar masalahnya dan berkata saya mempunyai sebuah gitar untuk diberikan kepadanya dan saya turut mencadangkan untuk keluar makan bersama. Kami berbicara dalam dialek selatan Thai."

Thai Visa News berkata lelaki itu telah dihantar ke hospital untuk ujian mental dan tiada sebarang pertuduhan dikenakan.

Tonton video kejadian itu dibawah:


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Mau main b0la? Daftar disini F4n$ B3TT1nG
    Aman & Terpercaya :)

    BalasPadam
  2. Yuk daftarkan diri anda bersama kami DEWALOTTO
    minimal depo wd cuma 20 ribu..^_^

    BalasPadam
  3. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam
  4. ANDA MENANG KAMI SENANG yuk silahkan bermain bersama kami di ARENADOMINO permainan poker terbesar silahkan..

    BalasPadam
  5. join yuk guys di areatoto.com
    ada games seru lo di sini guys
    ada sportbook togel casino
    hanya dengan 1userid sudah bisa mencoba semua games lo

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli