Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ubat-Ubatan Yang Boleh Sebabkan Rasa Mengantuk, Pastikan Berhenti Seketika Jika Memandu Pulang Ke Kampung

5 ulasan

Pengambilan ubat-ubatan dikala badan berasa tidak sihat merupakan salah satu cara bagi mengurangkan sakit, atau memastikan diri semakin sihat dan bertenaga.

Lebih-lebih lagi sekiranya ingin memulakan perjalanan panjang, yang mana sekiranya badan tidak sihat, seperti pening kepala, selsema atau batuk, mungkin akan memebrikan ketidakselesaan kepada pemanduan.

Ada yang mengambil insisiatif untuk memakan ubat di awal pagi selepas sahur, atau sebelum memulakan perjalanan, sama ada awal pagi, atau waktu malam.

Namun begitu, kita seharusnya tahu terlebih dahulu, sama ada ubat yang diambil boleh menyebabkan mengantuk atau tidak. Menerusi perkongsian dari pegawai farmasi, iaitu saudara Dziehan Mustapa, terdapat beberapa senarai ubat yang sebabkan kita rasa mengantuk jika mengambilnya.


UBAT YANG MENYEBABKAN MENGANTUK

Perjuangan di atas jalan raya sudah pun bermula hari ini. Yer...maksud saya perjuangan untuk pulang ke kampung menaiki kenderaan. Perjalanan yang biasanya mungkin sejam dua boleh menjadi berjam-jam. Sudah pasti kita semua akan cuba menyusun strategi agar dapat melepasi situasi kesesakan ini.

Ada yang memulakan perjalanan tengah malam. Ada pula yang memulakan perjalanan awal subuh. Ada juga yang pasrah dan menerima sahaja suratan takdir kesesakan jalan raya di Aidilfitri ini untuk pulang ke kampung.

Mungkin juga ada antara para pemandu yang ada mengambil ubat-ubatan sebelum memulakan perjalanan. Soalannya, adakah ubat-ubatan ini boleh menyebabkan anda ‘drowsiness’ atau mengantuk dan akan mengganggu pemanduan anda?

Situasi seperti ini nampak remeh, namun ia boleh mengundang kecelakaan di jalan raya.

‘Drowsiness’ atau rasa mengantuk adalah antara kesan samping umum beberapa jenis ubat-ubatan. Keadaan ini akan memberi kesan terhadap kemampuan untuk memandu atau mengendalikan alatan atau mesin atau apa-apa pekerjaan yang memerlukan tumpuan (fokus).

Namun bukan semua individu akan merasai kesan mengantuk ini. Ada individu yang tidak terkesan walaupun diketahui ubat tersebut menyebabkan rasa mengantuk atau sebaliknya. 

Contoh ubat antihistamine untuk mengurangkan gelaja selesema. Antihistamine ini ada dua jenis. Jenis lama seperti Chlorpheniramine memang memberi kesan mengantuk yang ketara.

Namun antihistamine jenis baru seperti Cetrizine dan Loratadine pula mempunyai kesan mengantuk yang tidak ketara namun pada sesetengah individu ubat antihistamine jenis baru ini juga boleh menyebabkan mengantuk dan boleh mengganggu tumpuan atau fokus.

Oleh itu kesan sampingan ubat-ubatan memang berbeza antara satu individu kepada individu yang lain. Berikut adalah beberapa contoh ubat yang biasa diambil sama-ada untuk tujuan rawatan sesuatu jenis penyakit atau ubat yang diambil dalam rawatan sakit-sakit umum (demam, selesema, batuk).



Ubat-ubat lain yang tidak tersenarai dalam jadual yang saya berikan juga mungkin boleh menyebabkan kesan mengantuk, oleh itu rujuk ahli farmasi anda di premis farmasi komuniti atau hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1-800-88-6722 (Isnin-Jumaat 8am-5pm)

Selamat pulang ke kampung. Berhati-hati di jalan raya. Dapatkan rehat yang cukup sebelum pemanduan. Berhenti rehat jika mengantuk. Elakkan menggunakan laluan kecemasan. Pastikan ubat-ubatan untuk rawatan penyakit kronik dibawa bersama-sama pulang ke kampung.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)

- Siakap Keli

BACA: Pulang Berhari Raya Ke Kampung Halaman, Ini Senarai Ubat-Ubatan Yang Perlu Dibawa Sekali, Untuk Sakit-Sakit Ringan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. izin post ya admin bila mengganggu jangan di spam ya tapi di delete saja ya..
    yuk.. gabung di updatebetting dan menangkan hadiah menariknya

    BalasPadam

  2. join yuk di www.arenadomino.com
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games

    BalasPadam
  3. ayo dicoba keberuntungannya bersama dengan kami di fanspoker^^
    dapatkan juga bonus rollingan dan refferalnya :* :*

    BalasPadam
  4. Dewalotto agen judi terpercaya no 1 Asia ayo daftarkan diri anda di dewalotto^info

    BalasPadam
  5. www.arenadomino.com
    Live Casino Bandar QQ Poker
    Langsung Aja Di Join:)

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli