Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tempat Tumpuan Membeli Belah Untuk Persiapan Hari Raya Di Sekitar KL

Cepat sungguh masa berlalu, rasanya macam baru semalam kita dipertemukan dengan bulan Ramadhan. Pejam celik pejam celik, hari ini dah masuk minggu kedua. Menjelang sambutan Aidilfitri pasti ramai diantara kita akan mula sibuk membuat persiapan terutamanya aktiviti membeli-belah.

Jom kita tengok 5 tempat membeli belah popular yang menjadi tumpuan untuk ‘shopping’ raya di sekitar kawasan Kuala Lumpur.

1. Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR)


Jalan TAR merupakan tempat pilihan warga kota untuk membeli belah. Mereka dari luar kota juga akan membeli belah di sini. Ketika bulan Ramadhan terdapat ramai yang berniaga di sekitar jalan ini. kedai-kedai ini pula akan dibuka sampai pukul 2/3 pagi. Macam-macam boleh dibeli disini. Di sekitar Jalan TAR ini juga terdapat shopping mall seperti Kamdar, Globe, Gulatis dan macam-macam lagi. Tempat ini juga menjadi tumpuan ramai ketika malam sebelum raya kerana ketika itu peniaga akan membuat jualan murah.

Sebut sahaja apa yang korang inginkan untuk keperluan raya anda, semuanya memang dijual di sini. Barang-barang hiasan untuk rumah anda juga terdapat di sini. Di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, terdapat pusat membeli-belah tumpuan ramai seperti Sogo, Kompleks Pertama dan Maju Junction.

2. Ampang Park


Tempat pilihan untuk membeli baju-baju raya yang kedua adalah di Ampang Park. Memang banyak sangat pilihan dan memang akan rambang mata. Selalunya padi hari-hari biasa Ampang Park bukanlah tempat tumpuan kerana lokasinya berdekatan dengan pusat beli belah yang lebih ‘urban’ seperti Suria KLCC dan Avenue K. Tetapi menjelang Aidilfitri, ini lah tempat yang menjadi rebutan. Kat sini korang boleh tawar menawar untuk mendapatkan harga yang gila murah.

Ampang Park merupakan pusat membeli-belah pertama di Kuala Lumpur dan dengar cerita akan ditutup pada tahun ini. Jadi ini mungkin kali terakhir korang berpeluang untuk shopping raya kat sini. Korang kalau nak datang sini pun senang. Guna LRT dan berhenti di stesen Ampang.

3. Jalan Masjid India


Jalan Masjid India ini berdekatan dengan Jalan TAR. Peniaga kat sini bersambung dari Jalan Masjid India sampai ke Jalan TAR. Seperti di Jalan TAR, ketika Ramadhan terdapat banyak gerai-gerai di buka di kawasan sekitar jalan ini.

Kesibukan Jalan Masjid India sama seperti Jalan TAR. Orang berpusu-pusu membeli belah. Banyak yang boleh dicari kat sini terutamanya di minggu terakhir Ramadhan. Gila punya sesak. Pengunjung yang datang pun dah jadi macam semut.

4. SOGO


Bagi kaki shopping, Sogo bukanlah asing pada mereka. Walaupun bukan musim perayaan, Sogo tetap dengan SALE mereka. Kepada yang mencari baju raya dengan harga runtuh setiap masa, Sogo adalah tempatnya.

Namun, jika tidak kena pada masanya, anda boleh tersekat di dalam selama berjam-jam dek kerana kesesakan pengunjung yang melampau. Kadang-kadang tu dah tak nampak rupa macam shopping mall dah sebab orang terlalu ramai.

5. Kenanga Wholesale City


Bagi penduduk KL, nama Kenanga Wholesale City tidak asing lagi. Tempat ini adalah antara syurga bagi pemborong barangan pakaian dan tudung.

Walaupun begitu, untuk beli belah di sini ada syaratnya. Korang seolah-olah tidak dibenarkan membeli 1 item sahaja sebaliknya perlu beli sekurang-kurang 3 item. Contohnya harga sehelai tudung RM25 hanya dijual RM19 sehelai itupun kalau korang beli 3 helai. Kalau korang beli lebih banyak, harga pun boleh diturunkan lagi seminimum mungkin. Kena pandai tawar-menawar la. Menarik bukan?.

Bercakap pasal shopping raya, korang tak letih ke memandu dalam keadaan trafik yang bercelaru terutamanya di kawasan Kuala Lumpur?. Ada sesetengah yang mengambil jalan bijak dengan menggunakan transportasi awam seperti Monorail dan LRT. Tetapi apa lagi cara lain untuk korang lari daripada kesesakan jalan raya Kuala Lumpur bandar metropolitan ini?

“Tenang-Tenang Ceria Ramadhan Ini Bersama Uber”


Oleh kerana Bulan Ramadhan disambut sekali sahaja setahun, setiap daripada korang mesti mahu melakukan aktiviti membeli-belah dengan lancar supaya tidak mengganggu aktiviti beribadah di bulan yang mulia ini.

Disinilah korang mungkin perlu beralih kepada Uber. Korang tidak perlu lagi bersusah payah memandu di dalam kesesakan lalu lintas. Tidak perlu lagi berhempas pulas menghabiskan masa mencari tempat letak kereta terutamanya di kawasan Lembah Klang.



Dengan adanya perkhidmatan Uber, korang hanya perlu duduk di bahagian penumpang dengan tenang, dan dapat berehat menenangkan fikiran semasa di dalam perjalanan sehingga sampai ke destinasi. Yelah, waktu bulan puasa macam ni badan pun rasa letih. Bahaya jugak memandu dalam keadaan tak bermaya, macam-macam boleh jadi bila korang hilang fokus sewaktu memandu.


Korang bukan saja boleh gunakan perkhidmatan Uber untuk membeli-belah, malah korang juga boleh gunakan servis Uber untuk menziarah rakan-rakan dan keluarga sewaktu menyambut Aidilfitri yang bakal hampir kelak.



Setiap minggu Uber akan memberikan promosi penjimatan pada setiap hari Isnin hingga Ahad bermula dari 5-11 Jun, 12-18 Jun, 19-25 Jun. Jadi pastikan korang sentiasa semak promosi yang ditampilkan oleh Uber dalam aplikasi mereka setiap minggu untuk mendapatkan kod promosi yang menarik tertarik kau memang Da’Bom!

Dari sekarang hingga 18 Jun 2017, gunakan kod promo “UBERBELANJA” untuk menikmati 5 perjalanan PERCUMA bernilai RM6 dari 9am- 5pm untuk setiap perjalanan di Malaysia di mana Uber tersedia.


Sambutlah Ramadhan dan Aildifitri tahun ini dengan bijak bersama Uber!


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli