Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Semua Sekolah Mula Cuti Hari Raya Aidilfitri Pada 23 Jun Ini - Menteri Pendidikan



7 Jun - Semua sekolah di Malaysia akan mula bercuti pada 23 Jun 2017 (Jumaat) sempena Hari Raya Aidilfitri 2017.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Dato' Seri Mahzir Khalid menerusi Facebook beliau sebentar tadi.

Dalam pada itu, sekolah-sekolah di negeri kumpulan B; Selangor, Perak, Penang, Perlis, Pahang, Negri Sembilan, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan; dikehendaki menggantikan sesi persekolahan pada 17 Jun ini (Sabtu).

"Kementerian Pendidikan Malaysia memutuskan untuk memberi cuti ganti pada 23 Jun 2017 kepada negeri2 Kumpulan B sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan diganti sesi persekolahan pada 17 Jun 2017." tulisnya.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli