Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Semua Lorong Tambah Nilai Atas Lebuh Raya PLUS Akan Ditutup Untuk Elak Kesesakan Musim Perayaan


Pihk PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan akan menutup semua 134 lorong tambah nilai di plaza tol lebuh raya berkenaan mulai 22 Jun hingga 2 Julai ini bagi melancarkan pergerakan trafik pada cuti Hari Raya Aidilfitri, lapor Bernama.

Menurut mereka, langkah berkenaan adalah untuk mengurakan kesesakan yang berpunca daripada pengguna lebuh raya yang beratur di lorong tambah nilai.

"PLUS menjangkakan aliran trafik bagi penggunaan Lebuhraya Utara-Selatan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang meningkat kepada 21 peratus berbanding hari biasa.

"PLUS mengingatkan orang ramai agar memastikan kad PLUSMiles atau Touch 'n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi," kata kenyataan itu.

Dengan penutupan lorong tambah nilai berkenaan tidak akan menjejaskan orang ramai di mana mereka boleh menambah nilai kad masing-masing di kira-kira 9,200 lokasi tambah nilai lain di seluruh negara termasuk di mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kedai serbaneka 24 jam dan stesen minyak, termasuk yang beroperasi di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya.

Selain itu orang ramai boleh menambaj nilai di pusat khidmat pelanggan PLUS yang akan dibuka setiap hari mulai 7 pagi hingga 10 malam termasuk Sabtu, Ahad dan hari cuti umum bagi membolehkan orang ramai membuat urusan tambah nilai di plaza tol terpilih. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Cuma di F4NS B3TT1N9
    Deposit sekali dan bisa main berkali-kali
    Buruan :D

    BalasPadam
  2. Cuma di F4NS B3TT1N9
    Deposit sekali dan bisa main berkali-kali
    Buruan :D

    BalasPadam
  3. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  4. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli