Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selangor Umum Bonus Raya 2 Bulan Gaji



Selangor, 13 Jun - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan bantuan khas kewangan sempenan Aidilfitri sebanyak dua bulan gaji kepada kakitangan kerajaan negeri.

Bonus itu akan dibayar pada 21 Jun ini.

Kata beliau, seramai 17,703 penjawat awam Selangor bakal menerima bantuan kewangan khas itu yang membabitkan peruntukan RM63.3 juta.

"Ini adalah tanda penghargaan kepada penjawat awam di atas komitmen dan dedikasi mereka dalam memaju dan membangunkan negeri Selangor.

"Dan ini juga adalah berdasarkan prestasi kewangan semasa dan sebab itu kita bersetuju memberikan bantuan ini kepada penjawat awam," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Beliau berharap pemberian bantuan khas itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam negeri bagi persiapan menyambut Aidilfitri.

Dalam pada itu Mohamed Azmin berkata kerajaan negeri Selangor turut bercadang untuk memberikan satu lagi insentif kewangan kepada penjawat awam pada penghujung tahun ini, namun ia tertakluk kepada prestasi jabatan dan anggota perkhidmatan awam negeri.

"(Jumlah) insentif itu akan kita umumkan kelak dan ia bergantung kepada prestasi jabatan dan anggota. Sekiranya mereka berkhidmat dengan lebih cemerlang, sudah tentu mereka mendapat ganjaran lebih besar," katanya.

Sumber: Bernama
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Cuma di F4NS B3TT1N9
    Deposit sekali dan bisa main berkali-kali
    Buruan :D

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli