Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Jual Arnab Bakar La, Makanan Halal," Lelaki Tampil Perjelas Gambar Viral Selepas Ada Netizen Kata Gerainya Jual Kucing



Hari ini tersebar di laman Facebook dua keping gambar mendakwa sebuah gerai di bazar Ramadan Kampung Guntong, Setiu Terengganu telah menjual makanan eksotik tanpa menyatakan haiwan apa yang dijual.

Kerana bentuk haiwan tersebut, ramai netizen dilihat sudah salah faham di mana ada yang mengatakan ia adalah anak kambing, ada yang menurunkan komen dengan marah menyatakan ianya adalah kucing dan bahkan ada yang sanggup menyatakan ianya adalah anjing.

Selain itu ada netizen yang menyatakan gambar itu adalah gambar diluar negara, namun segala persoalan terjawab selepas pemilik gerai tampil memberikan penjelasan.

Beliau menafikan semua telahan itu, menurut Mohd Ebbie Shafiran makanan yang dijualnya itu adalah makanan halal iaitu arnab bakar.


"Jangan kecam saya, saya jual arnab jer , makanan halal , bukan makanan haram nak jual ikut suka," tulisnya di laman Facebook.

Sebelum gambar berkenaan menjadi viral, dia telah memuatnaik gambar tentang arnab bakar itu di laman Facebooknya.

Ada netizen yang bertanyakan kenapa arnab berkenaan dijual sekali dengan kepala.

Beliau menyatakan kepala arnab mempunyai peminatnya sendiri, macam kepada lembu, ada yang peminatnya sendiri, mereka akan makan otak dan lidah lembu.

Jadi segala persoalannya sudah terjawab, makanan halal tu, tak payah samakan dengan makanan yang tidak halal yang lain. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli