Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

RedTube Taja Pasukan Bola Sepak Amatur di Amerika

No Comment

Sebuah pasukan bola sepak amatur di Amerika telah mendedahkan penaja baru mereka, RedTube.

Bukan itu sahaja, pasukan Washington Square FC itu juga memulakan promosi untuk peminat membeli baju dengan logo penaja itu di media sosial dengan hashtag #RedTubeARMY.

Bagaimana RedTube boleh menaja pasukan bola sepak itu? Kapten, Jon Klippert mendedahkan kisah di sebalik penajaan tersebut kepada American Pyramid Blog.

"Kami pada mulanya cuma bergurau sahaja untuk mendapatkan tajaan dari sebuah syarikat bahan dewasa.

"Kami sangka ianya akan menjadi lawak dan tidak akan pernah berlaku.

"Bagaimanapun Jaime mempunyai bakat dalam penulisan dan mula menulis kepada RedTube.

"Jadi dia lakukan penulisan dan saya membuat sedikit penambahbaikan, ambil satu screenshot dan menghantarnya kepada Twitter RedTube.

Ini bukan kali pertama syarikat bahan dewasa menaja pasukan bola.

Satu pasukan bola yang dikenali sebagai Raiders pernah ditaja oleh syarikat PornHub.

Bagaimanapun, Universiti Kent mengharamkan tajaan itu selepas melabelkannya: "langsung tak sopan"

Sumber: The Sun
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli