Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Raya Dengan Penuh Kegembiraan & Selamat, 8 Tip Yang Boleh Dilakukan Untuk Elak Dari Berkunjung Ke Hospital Pada Musim Perayaan

One Comment

Dalam meraikan kemeriahan perayaan yang bakal kunjung tidak lama lagi, sudah pasti ramai di antara kita yang teruja untuk bersama keluarga tercinta, pulang ke kampung halaman.

Bila mana bersama sanak saudara, tidak kira kecil atau besar, keseronokan itu akan jelas terpancar, lagi-lagi dengan kesemua ahli keluarga akan berkumpul bersama dalam satu rumah.

Namun begitu, dalam keseronokan itu, kita tidak harus lupa untuk menjaga keselamatan dan kesihatan diri, tidak kira dari segi apa sekali pun. Sewaktu memandu pulang ke kampung halaman, menikmati juadah hari raya, mahu pun bersama saudara-mara

Jika boleh di musim peraayaan ini, tidak perlu untuk kita berada di klinik atau hospital atas sebab yang tidak diingini. Oleh itu, menerusi perkongsian oleh Dr Ahmad Zakimi Abdullah, terdapat beberapa pencegahan awal yang boleh kita lakukan, agar tidak perlu berkunjung ke klinik mahu pun hospital.

Mari kita ikuti akan apa yang dikongsi olehnya.

Foto: flickr

8 perkara yang boleh dielakan dari anda membanjiri Jabatan Kecemasan di musim raya.

1. Sambung ubat

Untuk pesakit-pesakit kronik seperti diabetis, darah tinggi, sakit jantung, asthma dan lain-lain pastikan bawa semua ubat jika anda ingin balik ke kampung. 

Jika stok ubat anda kehabisan, sila ambil/sambung terus ubatan di klinik dan pastikan ia mencukupi sebelum balik ke kampung. Jangan datang ke jabatan kecemasan semata-mata untuk ambil atau sambung ubat.

2. Kemalangan jalan raya

Memandangkan terlalu banyak kenderaan di jalan raya ketika musim raya, pastikan anda hati2 ketika memandu. Utamakan keselamatkan di jalan raya. Pastikan juga keadaan kenderaan diselenggara dengan baik. Untuk mat-mat rempit tu, kurang-kurangkan sikit aktiviti rempitan anda.

3. Kemalangan di rumah

Aktiviti memasak untuk hari raya ni sudah menjadi lumrah rakyat kita. Untuk kaum-kaum ibu pastikan jaga keselamatkan anda di dapur. Periksa dan pastikan tiada kebocoran gas yang boleh mengundang letupan dan kebakaran.


4. Mercun

Elakan dari kanak-kanak bermain mercun yang merbahaya. Kawal anak-anak anda diluar sana.

5. Darah tinggi & kencing manis yang tidak terkawal

Pastikan anda tidak tertinggal ubatan semasa beraya. Ambil ubat ikut aturan dan arahan dari doktor. Jaga juga pemakanan. Untuk pesakit kencing manis elakan dari makanan manis-manis. 

Ingat skit kalau nak makan kuih-kuih raya. Depa buat tu pakai berkilo-kilo gula tau. Untuk pesakit darah tinggi, elakan dari makanan yang masin-masin (banyak garam) dan berkolestrol tinggi.

6. Keracunan makanan & jangkitan usus (acute gastroenteritis)

Seringkali ia berlaku di musim raya. Semua jenis makanan yang boleh dimakan anda nak bedal. Agak-agak juga la kann. Pastikan makan makanan yang bersih dan elok. Penyediaan makanan juga perlu bersih, cermat dan sedap.

7. Minta MC

Kami pastinya akan keluarkan MC (medical certificate) hanya untuk pesakit yang betul-betul sakit dan perlu berehat. Untuk pesakit hanya 'mc seekers' minta maaf ye, anda mememangnya tidak akan dilayan. Kami ni doktor yang berpengalaman dan tahu yang mana kaca atau permata. Harap maklum.

8. Penyakit berjangkit

Sememangnya penyakit berjangkit seperti jangkitan respiratori (acute pharyngitis, acute tonsilitis, pneumonia), diphtheria, measles (campak), chicken pox (cacar air), HFM disease (penyakit kaki, tangan & mulut) dan lain-lain mudah dijangkiti dan merebak dimusim raya. 

Beberapa perkara perlu diamalkan:

i. Jaga kebersihan diri dengan membasuh tangan gunakan sabun atau guna hand sanitizer dan mandi jika perlu.

ii. Jangan benarkan tetamu mencium atau bermain dengan anak-anak kecil yang belum divaksinkan tanpa kebenaran ibubapa.

iii. Elakan dari mendekati golongan yang tidak divaksinkan (anti-vaksin). Kalau boleh elakan golongan ini mengunjungi atau dikunjungi kerana mereka berpotensi membawa penyakit berjangkit.

Semoga sedikit pesanan saya ini memberi manfaat kepada semua.

Selamat hari raya Aidilfitri dari saya.

Dr Zek
Doktor Kecemasan

- Siakap Keli

BACA: 11 Tindakan Wajib Perlu Kita Lakukan Sebelum Tinggalkan Rumah Untuk Pulang Beraya Ke Kampung Halaman
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. salam kenal ya,mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli