Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pulang Berhari Raya Ke Kampung Halaman, Ini Senarai Ubat-Ubatan Yang Perlu Dibawa Sekali, Untuk Sakit-Sakit Ringan

4 ulasan
Foto: Huffingtonpost

Kemeriahan dalam menyambut hari raya kini kian terasa, ramai di antara kita sudah mula berpusu-pusu untuk membeli persiapan hari raya, seperti baju raya, kuih-mueh, mahu pun menghantar kenderaan untuk diservis.

Dalam pada itu, sudah apsti tatkala nak balik raya, segala kelengkapan yang perlu dibawa pulang akan disusun rapi agak tidak lupa di kemudian hari nanti. Faktor keselamatan rumah juga tak lupa untuk diperiksa.

BACA: 11 Tindakan Wajib Perlu Kita Lakukan Sebelum Tinggalkan Rumah Untuk Pulang Beraya Ke Kampung Halaman

Tapi, dalam buat persiapan, janganlah pula lupa untuk bawa ubat-ubatan sebagai langkah berjaga-jaga, mana tahu dah seronok menjamu selera, tiba-tiba sakit perut pula.

Menerusi perkongsian dari Dr SazOne Sham, terdapat beberapa senarai ubat-ubatan yang harus dibawa pulang ke kampung, takut-takut banyak klinik, atau farmasi yang akan tutup nanti.

Moh kita tengok apa ubat yang perlu ada nanti.

Foto: midvalleymegamall

Seronok di pagi Hari Raya. Tidak sia-sia persiapan awal yang dilakukan. Baju melayu berbutang motif keris, segak digayakan dengan samping dan songkok.

Kuih semperit dan batang buruk dirasa. Enak, tidak terperi rasanya. Di atas meja banyak lagi kuih muih. Semuanya dibeli awal Ramadan lagi daripada rakan sepejabat.

Tiba-tiba.... "Bang, anak batuk & selesema sejak pagi tadi. Nampak tak selesa langsung".

Bingung. Usai solat sunat Hari Raya, berkejaran ke pekan. Klinik kesihatan memang tutup. Klinik 1Malaysia pun sama. Klinik swasta pun tutup belaka. Di kedai farmasi, ahli farmasi juga bercuti.

Hanya satu fasiliti kesihatan yang tidak tutup. Fasiliti yang setia 24/7 menerima pesakit. Sudah tentulah Jabatan Kecemasan & Trauma.

Sampai sahaja di hospital, terus ke triage. Mengadu kepada petugas di situ. Pendaftaran awal dilakukan. Melangkah sahaja ke ruang menunggu.... "Masya Allah, ramainya orang. Tidak beraya ke diorang ni?"

Di tenung angka giliran. Zon Hijau. 1056. Monitor di atas bilik rawatan menunjukkan nombor 1016. Bermakna ada 40 pesakit yang sedang menunggu giliran di Zon Hijau. Ambulans bersilih ganti tiba. Mangsa kemalangan belaka. Terus dibawa masuk ke Zon Merah dan Kuning. Maklumlah, kes kecemasan memang diberi keutamaan.

Terpandang satu poster. Besar tulisannya, "Jika nombor panggilan tidak dipanggil menurut giliran bermakna kes kecemasan diutamakan."

Habis. Sia-sia membuang masa di Hari Raya akibat tiada persiapan awal. Baju dan kuih di beli awal, tetapi ubat-ubatan?

Foto: mylovelyfamily-ana

Sediakanlah payung sebelum hujan. Sediakanlah ubat-ubatan untuk sakit-sakit ringan. Beberapa jenis ubat yang perlu disediakan awal sebelum pulang ke kampung:

1. Ubat-ubat bagi penyakit sedia ada seperti kencing manis, darah tinggi, asthma dan lain-lain.

2. Panadol tablet dan sirap. Ini untuk kegunaan jika mula demam dan sakit kepala. Sirap panadol untuk kegunaan kanak-kanak.

3. Ubat selesema yang boleh juga digunakan jika terkena alahan atau gatal-gatal.

4. Ubat batuk. Beri kelegaan paru-paru.

5. Ubat untuk sakit perut. Maklumlah makan tidak dijaga. Perut terkejut. Infeksi virus menyebabkan cirit-birit.

6. Ubat tahan sakit. Mungkin diperlukan terutama jika paras asid urik tinggi. Lepas pekena berpinggan-pinggan rendang daging lembu dapat pula kesakitan akibat gout.

Maka, ada beberapa hari lagi untuk membuat persiapan ini. Tindakan anda akan menjadikan cuti Hari Raya anda lebih berbaloi disamping keluarga tercinta.

SazOne Sham
Petugas Raya ke-4

- Siakap Keli

BACA: Raya Dengan Penuh Kegembiraan & Selamat, 8 Tip Yang Boleh Dilakukan Untuk Elak Dari Berkunjung Ke Hospital Pada Musim Perayaan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F4NS B3TT1N9 :)
    pin bbm 5-E-E--8-0-A-F-E

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g :)

    BalasPadam
  3. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  4. Ayo bergabung dengan kami di DEWAPK dan menangkan hadiah nyata nya hanya dengan modal 10rb saja loh silahkan mencoba ya.. pin bb D87604A1

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli