Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Peralatan Radar Ketenteraan Berteknologi Tinggi Hilang Di PTP, Polis Sahkan Terima Laporan


KUALA LUMPUR: Pihak polis Di Raja Malaysia mengesahkan pihak mereka telah menerima laporan polis berkaitan kehilangan peralatan canggih tentera pada 13 Jun lalu daripada pihak Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), lapor The Star Online.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Nor Hashim Mohamad berkata satu laporan polis diterima mengenai penyerahan peralatan radar ketenteraan berteknologi tinggi yang bernilai jutaan ringgit dilaporkan hilang dari Pelabuhan Tanjung Pelepas, di Johor.

Laporan berkenaan turut mendakwa sistem radar itu telah ditahan oleh pihak kastam sebaik selepas ia sampai di Australia pada bulan lepas.

Penolong Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Datuk Paddy Abd Halim berkata jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat kes tersebut di mana kehilangan barangan itu dikesan ketika pemeriksaan audit baru-baru ini.

Peralatan itu dilaporkan sepatutnya dihantar ke Belanda tetapi ia tidak mempunyai permit, dan terpaksa ditahan oleh pegawai-pegawai kastam.

Bagaimanapun semasa pemeriksaan audit baru-baru ini, peralatan rahsia itu tidak dijumpai di pelabuhan tersebut.

Pelbagai agensi termasuk Jabatan Kastam dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menjalankan siasatan dalaman selain menentukan sama ada prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Laporan portal berkenaan turut menyebut bahawa peralatan sensitif tersebut memerlukan permit di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010 dan penalti berat seperti denda setinggi RM10 juta dan hukuman mati boleh dikenakan di bawah Akta berkenaan.

Akta yang terkandung menerusi lebih 1,237 halaman dalam bahasa Inggeris dan Melayu itu terdapat di laman web Miti.

Ia meliputi pelbagai barang dan barangan sensitif untuk mengawal atau mencegah mereka daripada menggunakannya dalam senjata nuklear dan senjata pemusnah besar-besaran, terutama sekiranya ia berada di tangan pihak pelampau.

Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan mengeluarkan kenyataan penuh berkaitan isu kehilangan sistem peralatan radar ketenteraan bernilai jutaan ringgit pada minggu depan.

- Siakapkeli.my

SUMBER: mStar, The Star, Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Mau main b0la? Daftar disini F4n$ B3TT1nG
    Aman & Terpercaya :)

    BalasPadam

  2. Yuk daftarkan diri anda bersama kami DEWALOTTO
    minimal depo wd cuma 20 ribu..^_^

    BalasPadam
  3. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam
  4. Bandar Online yang di tunggu2 pelayanan memuaskan 24jam siap melayanin anda semua hanya ada di AREATOTO buruan jangan sampai ketinggalan

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli